awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aset udara ATM terbang rendah, orang ramai tidak perlu cemas

Bernama
Bernama
19/09/2022
08:28 MYT
Aset udara ATM terbang rendah, orang ramai tidak perlu cemas
Sempena sambutan ini ATM akan melaksanakan latihan demonstrasi keupayaan yang akan melibatkan aset udara. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUANTAN: Tentera Udara Diaraja Malaysia (TUDM) memaklumkan aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan latihan penerbangan rendah dan penerbangantaktikal bermula Rabu (21 Sept) hingga 26 Sept, melibatkan sekitar Pangkalan Udara Kuantan dan ruang udara Pahang.
TUDM menerusi kenyataan di sini hari ini memaklumkan ia merupakan latihan dan penerbangan sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-89 yang akan disambut pada 26 Sept ini di Pangkalan Udara Kuantan, dengan TUDM dipertanggungjawabkan sebagai penganjur acara perbarisan.
"Sempena sambutan ini ATM akan melaksanakan latihan demonstrasi keupayaan yang akan melibatkan aset udara dari perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan TUDM.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat TUDM dan ATM terbang rendah atau mendengar bunyi letupan semasa latihan dan hari sebenar demonstrasi keupayaan ini dilaksanakan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TUDM
#Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-89
#pesawat terbang rendah
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan