awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aset usang lemahkan pertahanan negara - Veteran

Amirul Aiman
Amirul Aiman
22/10/2024
23:50 MYT
Aset usang lemahkan pertahanan negara - Veteran
Menurut Arshad, angkatan tentera perlu meningkatkan persenjataan untuk bersedia menghadapi peperangan moden berteknologi tinggi. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Aset ketenteraan usang berusia lebih 30 tahun berisiko melemahkan sistem pertahanan negara, menurut Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) Datuk Mohd Arshad Raji.
Bimbang dengan keadaan usang aset ketenteraan negara, Arshad menegaskan, pemodenan diperlukan bagi mengekalkan keupayaan pertahanan yang kukuh dalam menghadapi ancaman semasa.
“Kita lihat peperangan antara Hamas, Lubnan, Iran dengan Israel; jenis persenjataan sekarang jauh lebih canggih berbanding dulu,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
"Dulu kita tidak dengar penggunaan dron dalam peperangan, tetapi kini lihat kesannya terhadap lawan.
“Sistem Iron Dome Israel, yang menangkis roket dan misil, menunjukkan pentingnya teknologi terkini," tambahnya.
Menurut Arshad, angkatan tentera perlu meningkatkan persenjataan untuk bersedia menghadapi peperangan moden berteknologi tinggi.
“Jangan biarkan kita masih memiliki persenjataan dari era Perang Dunia; kita mesti bergerak seiring dengan perkembangan teknologi," tegasnya.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa 171 aset ketenteraan negara berusia lebih 30 tahun.
Pakar keselamatan Universiti Malaya, Lam Choong Wah, turut menekankan bahawa tanpa kemas kini aset dan kemahiran, angkatan tentera mungkin tidak dapat menangani ancaman masa depan.
"Jika musuh melancarkan serangan dron besar-besaran seperti pada perang Rusia-Ukraine, tetapi kita tidak bersedia, akibatnya boleh menjadi malapetaka," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Lam juga memberi amaran bahawa kegagalan di medan perang boleh mengakibatkan kehilangan kedaulatan negara.
"Dalam dunia yang semakin tidak menentu, kita perlu memastikan angkatan tentera kita dilengkapi dengan teknologi dan aset terkini untuk menghadapi sebarang kemungkinan.”
Aset usang lemahkan pertahanan negara - Veteran
Topic Berkaitan
#pertahanan
#Ketenteraan
#aset usang
#keselamatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan