SIBU: Ladang ternakan yang dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) di sini, akan ditutup dan semua ternakan dimusnahkan serta dikurangkan jumlahnya, manakala bangkai babi dilupus dengan cara ditanam di dalam kawasan ladang.
Ini dilakukan selepas ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) oleh Makmal Diagnostik Veterinar negeri pada Isnin mengesahkan bahawa sampel yang diambil dari tiga ladang belakang rumah di Durin, 38 kilometer dari sini, positif penyakit tersebut.
"Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) telah menggerakkan kakitangannya bagi menentukan tahap rebakan wabak itu dan mengambil semua tindakan yang perlu bagi membendung penyakit daripada merebak ke ladang babi yang lain," kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata tiada rawatan atau vaksin tersedia untuk merawat atau mengawal ASF, yang sangat ganas dan mudah berjangkit tetapi tidak berbahaya kepada manusia serta bukan penyakit zoonosis.
Bagaimanapun, menurutnya penyakit tersebut boleh membawa kerugian serius kepada penternak dan memberi kesan kepada keselamatan makanan.
Rundi berkata kementeriannya dan DVSS telah mengadakan beberapa libat urus dengan penternak babi supaya mereka meningkatkan biosekuriti ladang masing-masing termasuk menghalang orang luar datang melawat ladang.
Katanya pengawasan klinikal dan serologi sedang dijalankan dengan spesimen diambil untuk diagnosis makmal.
"Kami juga menasihatkan penternak babi supaya tidak memberi makan ternakan mereka dengan sisa makanan dari restoran atau dapur kerana virus ASF dalam produk daging babi yang tercemar dapat bertahan dalam proses memasak dan menjadi sangat tahan, selain boleh menyebabkan jangkitan ASF pada babi," kata Rundi.
Beliau berkata Bahagian Kawal Selia DVSS akan terus menguatkuasakan Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 bagi memastikan daging dan produk babi yang diimport adalah dari negara bebas ASF.
Pada masa ini, pengimportan daging dan produk babi ke Sarawak dari negara yang dijangkiti penyakit tersebut termasuk dari Semenanjung dan Sabah, telah diharamkan.
"DVSS akan terus melakukan pemeriksaan di lapangan terbang, pelabuhan dan kedai bagi memastikan daging dan produk babi yang dibawa masuk secara haram tidak dijual kepada orang ramai. Semua import mesti memerlukan permit import dan penyeludup akan dikenakan tindakan tegas di sisi undang-undang," katanya.
Bagi mengelak ia merebak ke bahagian lain di Sarawak, Rundi memohon kerjasama daripada semua pihak berkepentingan terutamanya penternak babi untuk meningkatkan kewaspadaan dan biosekuriti ladang mereka.
Mereka boleh menghubungi pejabat DVSS berhampiran atau WhatsApp ke talian hotline Bahagian Kawal Selia di 016-284 0918 jika ada sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Tiada rawatan atau vaksin tersedia untuk merawat atau mengawal ASF yang sangat ganas dan mudah berjangkit. - Gambar hiasan
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
80 individu ditahan kerana jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Seramai 80 individu ditahan di Sibu sejak Januari lalu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dengan menyerahkan maklumat bank kepada sindiket untuk tujuan penipuan.
Penduduk perlu peka tanda-tanda awal tanah runtuh - JBPM
JBPM mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur supaya sentiasa peka.
Sibu mampu jadi hab pengisian methanol hijau untuk perkapalan antarabangsa
Abang Johari berkata, perkara itu dapat dilakukan atas usaha negeri untuk menghasilkan metanol hijau.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak sehingga 13 Feb
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak dijangka berlaku sehingga Selasa (13 Feb).
Terkawal, jangan terlalu risau dengan kes tembak di Sibu - Pesuruhjaya Polis Sarawak
Warga Sibu dinasihat tidak terlalu risau dengan keselamatan mereka susulan dua lelaki melepaskan tembakan dan mencederakan tiga individu.
Polis tubuh pasukan khas siasat, buru dua suspek kes tembak di Sibu
Polis sedang memburu dua suspek yang melepaskan tembakan dalam sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Huo di Sibu semalam.
Komuniti Sibu puji tugas baik polis - Tiong King Sing
Tiong berkata, komuniti amat berterima kasih dengan polis Sibu kerana telah meningkatkan keselamatan dan kemananan.
5 termasuk kanak-kanak 2 tahun maut kemalangan di Sibu
Lima orang termasuk kanak-kanak berusia dua tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Kampung Tamin di sini, hari ini.
7 kawasan catat suhu 35-37 darjah Celsius, cuaca panas peringkat berjaga di Beaufort, Nabawan
Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia dilaporkan mencatatkan suhu maksima sekitar 35 hingga 37 darjah celcius.
Lelaki baling bom petrol di pintu bank ditahan polis
Kejadian itu dipercayai berpunca rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan bank berkenaan ketika dia berurusan untuk membuka akaun baharu.