MALAYSIA
ASGG Gluta Genc Glow Gummies dilarang jualan, dikesan mengandungi Glutathione
KKM mengingatkan orang ramai yang sedang menggunakan produk itu agar menghentikan penggunaan serta-merta. - Foto Kementerian Kesihatan Malaysia
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan larangan penjualan dan pengiklanan produk makanan ASGG Gluta Genc Glow Gummies selepas ia dikesan tidak mematuhi Akta Makanan 1983.
Ringkasan AI
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan produk itu dikesan mengandungi bahan aktif Glutathione, yang tidak tersenarai di bawah Daftar 1, Jadual Ke-12, Peraturan 26, Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985.
"Bahan ini tidak dibenarkan digunakan sebagai ramuan dalam makanan," menurut kenyataan itu.
Hasil semakan KKM mendapati produk tersebut dipasarkan melalui beberapa platform e-dagang termasuk Shopee, Lazada dan TikTok.
"Sehingga 10 Nov 2025, sebanyak 121 permohonan sekatan pengiklanan terhadap produk berkenaan telah dikemukakan kepada pihak penyedia platform e-dagang yang terlibat," menurut kenyataan KKM.
KKM menegaskan bahawa di bawah Seksyen 13B(2)(d), Akta Makanan 1983, makanan tidak dibenarkan diadunkan dengan bahan yang penambahannya tidak dibenarkan oleh akta atau mana-mana peraturan di bawahnya.
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
KKM menasihatkan semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk tersebut agar menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.
"Selain itu, semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial hendaklah menghentikan penyiaran iklan makanan tersebut," menurut KKM.
KKM turut mengingatkan orang ramai yang sedang menggunakan produk itu agar menghentikan penggunaan serta-merta dan mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan.
"Orang ramai diingatkan agar sentiasa bijak dan berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan yang tidak dibenarkan," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KKM larang jualan dan pengiklanan produk makanan Gluta Genc Glow Gummies kerana mengandungi bahan aktif Glutathione yang tidak dibenarkan dalam makanan.
- Sebanyak 121 permohonan sekatan pengiklanan telah diajukan kepada platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan TikTok berkenaan produk tersebut.
- Pelaku mungkin dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun jika didapati bersalah di bawah Seksyen 13B(2)(d), Akta Makanan 1983.