MALAYSIA
Ashwad Ismail letak jawatan Presiden ISWAMI
Ashwad berkata, keputusan itu dibuat setelah pertimbangan mendalam, mengambil kira komitmen dan tanggungjawab profesional sebagai Ahli Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia yang berkuat kuasa 15 Julai ini. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI), Ashwad Ismail, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya yang akan berkuat kuasa pada 31 Julai ini.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan, beliau yang juga Ketua Pengarang Astro AWANI, berkata keputusan itu dibuat setelah pertimbangan mendalam, mengambil kira komitmen dan tanggungjawab profesional sebagai Ahli Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia yang berkuat kuasa 15 Julai ini.
“Saya percaya sudah tiba masanya untuk memberi ruang kepada barisan kepimpinan media lain untuk meneruskan kesinambungan perjuangan dan visi ISWAMI dengan lebih segar dan dinamik,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan atas peluang berkhidmat bersama kepimpinan dan ahli ISWAMI sepanjang tempoh perkhidmatannya, serta sokongan padu yang diterima daripada rakan-rakan media di Malaysia dan Indonesia.
“Segala kerjasama, sokongan dan semangat setiakawan yang telah diberikan amat saya hargai dan akan terus dikenang,” tambahnya.
Beliau turut mendoakan agar ISWAMI terus maju jaya dalam memperkukuh jalinan profesional serta hubungan harmoni antara komuniti wartawan kedua-dua negara, berpandukan semangat dan prinsip kemakmuran bersama.
Ringkasan AI
- Ashwad Ismail mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden ISWAMI berkuat kuasa 31 Julai 2025, selaras dengan komitmen baharu sebagai Ahli Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) mulai 15 Julai.
- Beliau menyatakan keputusan dibuat selepas pertimbangan mendalam dan percaya sudah tiba masanya memberi ruang kepada kepimpinan media lain untuk meneruskan visi ISWAMI.
- Ashwad menzahirkan penghargaan atas sokongan sepanjang perkhidmatannya dan mendoakan ISWAMI terus maju dalam memperkukuh hubungan profesional antara wartawan Malaysia dan Indonesia.