MALAYSIA
The Asia Records platform pengiktirafan Asia dilancarkan di Malaysia
Inisiatif itu dianjurkan oleh Armani Media Sdn Bhd dan disasar menjadi anugerah paling berprestij di rantau ini selepas Guinness World Records. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: The Asia Records, sebuah platform pengiktirafan bertaraf antarabangsa dilancarkan di Malaysia hari ini bagi meraikan pencapaian luar biasa individu dan organisasi di seluruh rantau Asia.
Ringkasan AI
Inisiatif itu dianjurkan oleh Armani Media Sdn Bhd dan disasar menjadi anugerah paling berprestij di rantau ini selepas Guinness World Records.
Diasaskan oleh Datuk KK Chua, The Asia Records diwujudkan bagi mendokumentasi serta mempromosikan kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk seni, sukan, sains dan khidmat masyarakat.
Menurut KK Chua, pengiktirafan itu diharap dapat mencetus inspirasi serta membina semangat persaingan sihat dalam kalangan rakyat Asia yang memiliki potensi besar untuk menyerlah di peringkat global.
“Matlamat utama penubuhan The Asia Records adalah untuk mengiktiraf pencapaian dan memberi motivasi kepada individu yang ingin mencipta rekod baharu kerana kami percaya terhadap potensi luar biasa yang dimiliki manusia,” katanya.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Penasihat The Asia Records, Tunku Fauzi Tunku Abdul Malek, di Glenmarie 8 Business Park, di sini.
Tunku Fauzi berkata, kejayaan dan pencapaian rakyat Asia perlu direkod serta diraikan agar tidak hilang ditelan masa, sekali gus menjadi rujukan serta sumber kebanggaan kepada generasi akan datang.
Beliau menegaskan bahawa rantau Asia mempunyai potensi besar dan bakat luar biasa yang sering kali tidak mendapat perhatian sewajarnya di peringkat antarabangsa.
“Kita mempunyai banyak peluang dan perkara yang boleh kita capai, namun ramai yang belum pernah mendengarnya. Terdapat pelbagai pencapaian baharu, sama ada dalam talian mahupun luar talian, yang belum mendapat perhatian global. Begitu banyak kejayaan telah dicapai tetapi tidak diiktiraf dalam World Records,” katanya.
Menurutnya, sudah tiba masanya masyarakat Asia sendiri mengambil langkah mendokumentasikan dan mengiktiraf pencapaian mereka agar setiap kejayaan menjadi kebanggaan serantau.
“Sudah tiba masa kita sendiri menyimpan dan mengiktiraf rekod kita sebagai rakyat Asia yang telah mencapai begitu banyak kejayaan dan mungkin nanti, World Records akan lebih mengiktiraf kita dengan pencapai yang membanggakan di peringkat dunia,” tambahnya.
Ringkasan AI
- The Asia Records dilancarkan di Malaysia oleh Armani Media Sdn Bhd untuk mengiktiraf pencapaian luar biasa individu dan organisasi di Asia, setanding Guinness World Records.
- Diasaskan oleh Datuk KK Chua, platform ini bertujuan mendokumentasi kejayaan dalam pelbagai bidang seperti seni, sukan, sains dan khidmat masyarakat, serta mencetus inspirasi dan persaingan sihat.
- Tunku Fauzi tekankan kepentingan pengiktirafan serantau, agar pencapaian Asia tidak hilang ditelan masa dan menjadi kebanggaan generasi akan datang.