awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asia Tenggara berpotensi menjadi 'lubuk' inovasi digital - Google

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
18/10/2016
01:11 MYT
Asia Tenggara berpotensi menjadi 'lubuk' inovasi digital - Google
Menurut Kochikar, ramai pembangun aplikasi permainan termuka lahir daripada Asia Tenggara dan mereka bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi tempatan, namun global. - Foto Astro AWANI / Mariah Ahmad
Negara Asia Tenggara dilihat sebagai satu hab inovasi digital yang berkembang pesat, terutama dalam melahirkan pembangun aplikasi kata Pengarah Global Pembangunan Perniagaan Aplikasi dan Permainan Google Play, Purnima Kochikar.
Menurut Kochikar, ramai pembangun aplikasi permainan termuka lahir daripada Asia Tenggara dan mereka bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi tempatan, namun memberi kesan kepada pasaran serantau serta global.
"Pasaran Asia Tenggara menunjukkan peningkatan pertumbuhan sebanyak dua kali ganda berbanding tahun 2014. Ia berikutan pengguna telefon pintar kini meluangkan lebih banyak masa menggunakan aplikasi.
"Keadaan ini jelas menunjukkan peluang yang cerah bagi pengguna di rantau ini," tambah beliau ketika memberi ucaptama Persidangan Google Play Time di Saffron Ballroom, Sofitel Sentosa Resort & Spa, di sini pada Isnin.
Persidangan ini mengumpulkan 200 pembangun daripada Asia Tenggara, sebagai platform untuk berkongsi dan mempelajari langkah terbaik untuk mengembangkan perniagaan secara global melalui Android dan Google Play.
Antara panel yang dijemput termasuklah pembangun daripada Rubycell, Own Game, Kiragames, Altitude Games, Carousell dan wakil daripada Malaysia, AppXplore.
Beliau berkata perniagaan dalam membangunkan aplikasi di peranti Android merupakan satu peluang yang baik, kerana Google Play mempunyai berbillion pengguna yang aktif di 190 negara.
"Kami di Google turut membantu pembangun dalam memajukan aplikasi mereka dengan memberi ruang untuk ujian 'beta', sokongan kemudahan membalas komen dan sentiasa membawa pendekatan teknologi terkini seperti realiti saduran dan realiti virtual kepada pembangun," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Android
#aplikasi
#Google
#Purnima Kochikar
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan