KUALA LUMPUR: Rejimen Askar Wataniah (AW) akan diperkasakan bagi memastikan menjadi angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus dalam ketumbukan Angkatan Masa Hadapan (AHM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata ia sejajar dengan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Tentera Darat Jen Muhammad Hafizuddeain Jantan pada 23 dan 31 Okt lepas.
"Pemerkasaan ini perlu pendekatan yang lebih kreatif dan berinovatif bagi memupuk minat dan komitmen berterusan anggota wataniah untuk terus bergiat aktif dalam latihan yang dirancang.
"Komitmen yang jitu daripada komander dan timbalan komander juga menjadi pemangkin bagi Askar Wataniah untuk terus berdaya saing serta dapat diandalkan apabila keadaan memerlukan," katanya dalam ucapan pada Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.
Turut hadir, Komander Rejimen 512 AW Brig Jen Datuk Seri Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah selaku tuan rumah.
SKAW merupakan forum membincangkan perkara berkaitan pengambilan anggota, pengurusan latihan, pentadbiran dan pembangunan AW selain menjadi penasihat kepada Panglima Tentera Darat dalam setiap hal membabitkan anggota berkenaan.
Pada sidang berkenaan, ahli SKAW turut diberi pendedahan mengenai Kertas Putih Pertahanan, Strategi Ketahanan Negara 2.0 dan Relevansi AW dalam aspek pertahanan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Rejimen Askar Wataniah (AW) akan diperkasakan bagi memastikan menjadi angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus dalam ketumbukan Angkatan Masa Hadapan (AHM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - Gambar hiasan/BERNAMA
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Askar Wataniah diperkasa jadi lebih bersepadu, tangkas dalam ATM
Rejimen Askar Wataniah (AW) akan diperkasakan bagi memastikan menjadi angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus dalam ketumbukan Angkatan Masa Hadapan (AHM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kokokurikulum Askar Wataniah pemangkin meningkatkan keyakinan diri pelajar
ASKAR Wataniah berjaya meningkatkan kenyakinan pelajar dalam meniti dunia pada masa kini.
PKP: Anggota Wataniah diatur gerak ke Sibu sudah jalani ujian saringan
Seramai 126 pegawai dan anggota sukarelawan wataniah yang diatur gerak bagi membantu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di Sibu telah menjalani ujian saringan COVID-19.
Kementerian Pertahanan nafi ambil 75 Wataniah belia India yang tidak layak
Kementerian tidak pernah memberi jaminan mengambil kesemua pemohon itu dalam pasukan Wataniah.
Khairy Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang baharu
Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah (AW) yang baharu berkuatkuasa Januari lepas.
Banjir: Sistem Penapis Air Bergerak kepada mangsa-mangsa banjir
Askar Wataniah (AW) hari ini menggerakkan dua unit Sistem Penapis Air Bergerak (Jernih) ke Pahang dan Terengganu bagi menyediakan bekalan air bersih kepada mangsa banjir.