awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aspek kesihatan mental antara rangka Dasar Sumber Manusia Negara – Sivakumar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/11/2023
06:10 MYT
Aspek kesihatan mental antara rangka Dasar Sumber Manusia Negara – Sivakumar
Sivakumar berkata, jumlah penyakit lain melibatkan pekerja jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan isu kesihatan mental pada tahun lalu. - Gambar fail
BANGI: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang membangunkan Dasar Sumber Manusia Negara yang turut mengandungi elemen kesihatan mental di tempat kerja.
Menterinya, V. Sivakumar berkata, perancangan dasar berkenaan berlandaskan rangka kerja yang telah dibangunkan sejak 2019.
"Pada tahun itu juga wujud cadangan bagi pelaksanaan 'blueprint' pada 2021. KSM akan meneliti kedua-dua perkara tersebut berikutan ia masih dalam peringkat awal," katanya yang mengakui kepentingan aspek kesihatan mental di tempat kerja.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Sivakumar berkata, setakat ini, jumlah laporan melibatkan masalah psikososial di tempat kerja masih menunjukkan angka yang sangat rendah iaitu hanya satu kes dilaporkan pada 2022.
“Jika pekerja menghadapi masalah mental, tekanan dan sebagainya ia secara tidak langsung akan memberi impak kepada produktiviti mereka. Mereka mungkin tidak akan datang kerja dan banyak cuti atau tiada minat untuk bekerja.
“Jadi ini penting untuk kita pastikan bahawa pekerja sentiasa sihat bukan sahaja dari segi fizikal tetapi mental juga perlu diambil kira,” katanya
Menurutnya lagi, jumlah penyakit lain melibatkan pekerja jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan isu kesihatan mental pada tahun lalu.
Setakat ini, KSM menerusi NIOSH juga telah menggerakkan beberapa inisiatif termasuk Program Bantuan Pekerja (EAP).
EAP merupakan usaha bagi membantu dan mengenal pasti masalah mental melibatkan pekerja pada peringkat awal bagi mengelakkan prestasi mereka terjejas secara berpanjangan.
Selain itu, EAP juga menawarkan modul melibatkan sokongan rakan sekerja, terapi santai menggunakan peralatan realiti maya, analisis gelombang otak dan sesi kaunseling secara berkumpulan atau individu.
Topic Berkaitan
#kesihatan mental
#dasar sumber manusia
#V Sivakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan