awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aspek perundangan pusat tahfiz perlu diselesaikan dahulu - NIOSH

Astro Awani
Astro Awani
16/10/2017
09:27 MYT
Aspek perundangan pusat tahfiz perlu diselesaikan dahulu - NIOSH
Lam Thye -NIOSH bakal menganjurkan kempen keselamatan di seluruh negara dalam mewujudkan kesedaran keselamatan di semua sekolah tahfiz dan sekolah agama.- Gambar fail.
Kerajaan disaran menyelesaikan terlebih dahulu aspek perundangan bagi memastikan isu keselamatan di pusat tahfiz tidak berulang.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ini kerana penyelarasan keselamatan terhadap Institusi Pendidikan Islam dan sekolah swasta sukar dilaksanakan jika Akta Pendidikan 1996 (AKta 550) tidak dipinda.
"Aspek perundangan perlu diselesaikan dahulu agar tidak menjadi kekangan kepada bantuan atau program yang hendak dilakukan.
"Untuk makluman, NIOSH bakal menganjurkan kempen keselamatan di seluruh negara dalam mewujudkan kesedaran keselamatan di semua sekolah tahfiz dan sekolah agama," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Tambah Lee, kempen kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi sekolah-sekolah tahfiz di Selangor bermula pada 30 Oktober ini selain akan diperluas ke negeri lain.
Selain kempen kesedaran, kata beliau, NIOSH turut menyediakan borang khas bagi membolehkan proses audit dijalankan dengan cepat dan tepat.
Semalam, Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim mendedahkan sebanyak 50 peratus daripada 956 buah pusat tahfiz yang diperiksa pihaknya di seluruh negara sejak bulan lalu didapati dalam keadaan tidak selamat.
Menurutnya, kesemua pusat tahfiz itu perlu mengambil tindakan penambahbaikan termasuk menyediakan alat keselamatan kebakaran sekiranya perkara tidak diingini berlaku.
Topic Berkaitan
#Akta Pendidikan 1996
#NIOSH
#pusat tahfiz
#Tan Sri Lee Lam Thye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan