KUCHING: Astana Negeri Sarawak mengesahkan keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud semakin baik.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Astana Negeri Sarawak berkata, Abdul Taib akan kembali ke Sarawak dalam masa terdekat atas nasihat doktor.
"Astana Negeri Sarawak berharap agar rakyat sentiasa bersabar dan tidak mudah terpedaya dengan berita atau spekulasi yang tidak sahih mengenai tahap kesihatan Tun Abdul Taib Mahmud," katanya.
Sementara itu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut mengesahkan Abdul Taib sedang melalui fasa pemulihan.
Jelasnya, Abdul Taib masih berada di luar negara dan sedang berehat bagi pemantauan kesihatan oleh pihak hospital.
"Penjelasannya begini... dia dalam leave... cuti... dan dia jatuh sakit di luar negara dan keadaannya dia sekarang ialah sudah pulih dan dia masih rehat.
"Kita gunalah final report (pengesahan kesihatan) daripada pihak hospital. Lepas ini dia akan balik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 peringkat negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (Ipk) Sarawak di Kuching pada Khamis.
Pada 1 Ogos lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Abdul Taib jatuh sakit semasa berada di luar negara dan kini dalam fasa pemulihan.
Bagaimanapun, keadaan semasa jelasnya tidak memerlukan pelantikan pemangku yang Dipertua Negeri kerana Abdul Taib sentiasa berkomunikasi dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan masih dapat melaksanakan tugas rasmi.
Astro Awani
Thu Aug 03 2023

Astana Negeri Sarawak berkata, Abdul Taib akan kembali ke Sarawak dalam masa terdekat atas nasihat doktor. - Gambar fail

PM Anwar harap hubungan diplomatik Malaysia, Mesir terus kukuh
Dalam pertemuan tersebut, Nasr memaklumkan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sahabat semakin erat di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI.
ASEAN 2025 | 29 April
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Sindiket dadah antarabangsa tumpas, rampasan lebih RM82 juta
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan tiga beradik lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM82 juta dalam tiga serbuan di Kajang dan Cheras.
Thailand masih menunggu maklum balas AS bagi tarikh rundingan
Thailand sedang menunggu maklum balas daripada Amerika Syarikat mengenai tarikh bagi mengadakan rundingan berhubung tarif timbal balik diumumkan Presiden Donald Trump.
Indorama bakal labur RM8.6 billion projek amonia biru di Amerika Syarikat
Langkah itu adalah sebagai sebahagian usaha meredakan rundingan tarif antara Indonesia dan Amerika Syarikat
Pasukan Prabowo diarahkan pastikan pekerja diberhentikan terima pampasan
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, merancang menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani isu pengangguran yang dijangka meningkat susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat.
Thailand terima kemasukan 11.84 juta pelancong setakat ini
Thailand menerima kemasukan sekitar 11.84 juta ketibaan pelancong asing setakat tahun ini, meningkat sebanyak 0.12 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ho Chi Minh sambut ulang tahun ke-50 perang Vietnam
Bandaraya Ho Chi Minh dipenuhi dengan bendera dan poster sebagai persiapan menyambut ulang tahun ke-50 berakhirnya perang Vietnam. Ia bagi mengingati peristiwa bersejarah penyatuan semula Vietnam Utara dan Selatan pada tahun 1975.

PM Anwar harap tempoh gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan
Anwar menekankan kepentingan gencatan senjata untuk memastikan bantuan kemanusiaan diberikan tanpa diskriminasi.
Untung bersih Westports FY25 diramal susut - CGS International
CGS International berkata, kumpulan itu juga berkemungkinan berdepan kelewatan selama enam bulan bagi pelaksanaan kenaikan caj pngendalian terminal disebabkan ketidaktentuan makroekonomi.

Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP
Yang Dipertua Negeri Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Kpl (B) Etin Jam, seorang penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.

HAWANA 2024: 1,000 pengamal media dirai dalam majlis makan malam
Kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara diraikan pada majlis makan malam dihoskan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar malam ini.

Tun Wan Junaidi dianugerah Darjah Satria Bintang Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak yang membawa gelaran "Pehin Sri".

Raghad nafi Taib Mahmud kritikal
Raghad berkata beliau menerima maklumat mengenai hantaran dalam talian itu bahawa suaminya yang juga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak kritikal dan beliau menafikan cerita dan gambar berkenaan.

Dakwaan Taib Mahmud dilarikan tidak benar - Ketua Polis Negara
Dakwaan bahawa bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dilarikan adalah tidak benar.

Wan Junaidi tiba di Kuching sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu
Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.

Abang Jo ucap tahniah Wan Junaidi diangkat sebagai Gabenor Sarawak
Abang Johari menzahirkan ucap tahniah kepada Wan Junaidi atas pelantikannya sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan.

Wan Junaidi: Tuan polis kini akan jadi Tuan Yang Terutama
Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar merupakan figura yang pernah berada di barisan paling hadapan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini.

Abang Johari tidak ulas spekulasi lantikan Yang Dipertua Negeri baharu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak memberikan ulasan mengenai spekulasi pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu.