awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aston Villa pecat Steven Gerrard

Astro Arena
Astro Arena
21/10/2022
02:45 MYT
Aston Villa pecat Steven Gerrard
Steven Gerrard kelihatan kecewa selepas perlawanan EPL antara Fulham dan Aston Villa di Craven Cottage, London, 20 Okt 2022. (Foto AP)
ASTON Villa memecat Steven Gerrard selepas kurang setahun menggalas tanggungjawab sebagai pengurus berikutan kekalahan 0-3 kepada Fulham, awal pagi tadi.
Bekas pemain tengah Liverpool itu dilantik pada November lalu bagi menggantikan Dean Smith selepas membimbing Rangers menjuarai Liga Perdana Scotland pada musim sebelumnya.
Tetapi permulaan suram dalam kempen 2022-23 yang menyaksikan mereka hanya mencatat dua kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam 11 perlawanan mengundang pemecatannya memandangkan Villa hanya satu posisi di atas zon penyingkiran berdasarkan kelebihan gol.
Kedudukan Gerrard sudah pun goyah menjelang pertemuan dengan The Cottagers kendalian Marco Silva itu.
Aston Villa Football Club can confirm that Head Coach Steven Gerrard has left the club with immediate effect.
— Aston Villa (@AVFCOfficial) October 20, 2022
Dan satu lagi persembahan hambar menyaksikan mereka melepaskan sepakan penalti, menjaringkan gol sendiri dan seorang pemain dibuang padang, maka Gerrard makin tersepit untuk menyelamatkan jawatannya.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Steven atas kerja keras dan komitmennya.
"Dan kami mengucapkan selamat maju jaya buatnya pada masa depan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan ringkas.
Topic Berkaitan
#Aston Villa
#Steven Gerrard
#pecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan