awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
Prasarana catat rekod 1.63 juta penumpang harian tertinggi 31 Disember
RM15 juta untuk Dapur Siswa, pastikan tiada mahasiswa 'ikat perut'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AstraZeneca bukan untuk Sarawak - Dr Sim

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2021
04:31 MYT
AstraZeneca bukan untuk Sarawak - Dr Sim
Dr Sim berkata, vaksin itu hanya digunakan di pusat vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur.
KUCHING: Tiada vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca akan digunakan di Sarawak, kata Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, vaksin itu hanya digunakan di pusat vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur.
Dr Sim mengulas kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin yang memaklumkan akan menawarkan vaksin itu untuk kegunaan Sarawak.
"Tidak ada vaksin AstraZeneca COVID-19 di Sarawak.
"Mereka yang ingin mendapat vaksin AstraZeneca COVID-19 secara sukarela boleh harus pergi ke mana-mana pusat vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur," katanya dalam hantaran di Facebook miliknya.
BACA: Vaksin AstraZeneca hanya akan diberikan kepada pemohon sukarela - Khairy
Pada Rabu, Khairy memaklumkan kerajaan akan memulakan proses pemberian suntikan vaksin jenis AstraZeneca kepada mereka yang mendaftar secara sukarela di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas yang bakal diwujudkan tidak lama lagi.
PPV Khas itu akan dibuka di Selangor dan Kuala Lumpur dan sebanyak 268,800 dos suntikan akan diperuntukkan.
Langkah suntikan di PPV khas itu dibuat bagi menangani ketakutan dan kegusaran rakyat terhadap vaksin itu, selain tidak mahu mengganggu program imunisasi yang sedang berlangsung.
Topic Berkaitan
#AstraZeneca
#vaksin COVID-19
#Dr Sim Kui Hian
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan