MALAYSIA
Astro Audio News ungguli dua anugerah media 2025
Astro Audio News meraih kemenangan utama di Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025 (kiri) dan juara Laporan Radio Terbaik di majlis Anugerah Media Perkeso 2025.
KUALA LUMPUR: Astro Audio News terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju berita radio negara apabila meraih kemenangan utama di Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025.
Dalam majlis tersebut, laporan bertajuk “The Urban Renewal Act – The Debate Over Redeveloping Malaysia” oleh wartawan penyiaran dan pembaca berita, Nicholas Darren John, diumumkan sebagai pemenang kategori Penyiaran Radio Terbaik.
Kejayaan itu menyusuli satu lagi kemenangan di Anugerah Media Perkeso 2025 pada minggu lalu, apabila laporan “RUU Pekerja GiG 2025: Dari Risiko Jalanan ke Payung Jaminan” hasil karya wartawan penyiaran dan pembaca berita, Muhammad Najib Md Nazri, dinobatkan sebagai juara Laporan Radio Terbaik.
Ketua Operasi Bilik Berita dan Trafik Astro Radio News, Moganadas Muniandy berkata, pengiktirafan berganda itu mencerminkan dedikasi seluruh pasukan dalam menyampaikan laporan berita yang berkualiti, sahih dan relevan kepada pendengar.
“Astro Audio News sentiasa percaya setiap laporan bukan sekadar berita, tetapi satu tanggungjawab untuk mendidik, memberi maklumat dan membentuk pemahaman masyarakat,” katanya.
Beliau menambah, kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pasukan untuk terus berinovasi, memanfaatkan teknologi terkini dan mengekalkan kredibiliti sebagai sumber berita yang dipercayai.
Kemenangan ini mengukuhkan reputasi Astro Audio News sebagai platform berita radio yang konsisten, inovatif dan berimpak tinggi.

#Astro Audio News
#anugerah media 2025
#Anugerah Media Perkeso 2025
#Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025