Astro AWANI kata kunci ketiga paling trending di Google

Hilal Azmi
Disember 12, 2018 13:02 MYT
Menurut Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam, Google Malaysia, Zeffri Yusof, ia merupakan kejutan buat keputusan carian trending untuk tahun ini.
Kata kunci atau 'key word' Astro AWANI menjadi kata kunci ketiga paling trending di platform carian terbesar dunia, Google sepanjang tahun 2018.
“Nampaknya rakyat Malaysia mencari Astro AWANI di sepanjang musim pilihan raya sama ada sebelum, semasa mahupun selepas Pilihan Raya Umum ke 14 lalu,” kata Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam, Google Malaysia, Zeffriu Yusof ketika ditemu bual Astro AWANI.
Beliau memberitahu, tahun ini juga menampakkan kematangan pengguna kandungan digital rakyat Malaysia yang kini mencecah 22 juta pengguna.
Pada 28 Jun lalu, Astro AWANI muncul sebagai jenama berita tempatan paling dipercayai di Malaysia menurut Kajian Berita Digital Reuters 2018.
BACA: Siapa jenama berita paling dipercayai di Malaysia?

Setiap tahun, tambah Zeffri, Google akan mendedahkan kecenderungan mental semasa Internet dengan menyelidik lebih daripada satu trilion pertanyaan carian yang kami terima setiap tahun.
"Selain senarai-senarai carian tahunan yang memaparkan trend teratas 2018, kami juga menawarkan beberapa alat yang memberikan pemahaman mendalam mengenai trend-trend carian global, serantau, dahulu dan sekarang," katanya.
#Astro Awani #Google #Google Malaysia #Internet #Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam #pilihan raya #pilihan raya umum #rakyat #rakyat Malaysia #zeffri yusof