Astro AWANI kekal jenama berita paling dipercayai 6 tahun berturut-turut

Astro Awani
Jun 14, 2023 03:55 MYT
Astro AWANI menduduki tangga pertama dengan 70 peratus, diikuti Radio Televisyen Malaysia (RTM), The Star, Berita Harian, Malaysiakini dan TV9.
KUALA LUMPUR: Astro AWANI Network Sdn Bhd terus mengekalkan reputasinya sebagai jenama berita paling dipercayai di negara ini, untuk enam tahun berturut-turut.
Berdasarkan Laporan Berita Digital Institut Reuters 2023 dan Universiti Oxford, Astro AWANI menduduki tangga pertama dengan 70 peratus, diikuti Radio Televisyen Malaysia (RTM), The Star, Berita Harian, Malaysiakini dan TV9.
Bagi capaian luar talian dan dalam talian secara mingguan, Astro AWANI turut unggul di tangga kedua, masing-masing kategori TV, radio, dan media cetak; serta dalam talian.
Sementara itu, menurut kajian itu, Astro AWANI, yang mempunyai jangkauan kedua tertinggi dalam senarai sumber berita sama ada dalam talian mahupun luar talian, terus berinovasi dan sangat kritikal dalam persekitaran penyiaran.
Kandungan Astro AWANI juga dianggap sesuai bagi generasi muda Malaysia, yang turut disampaikan oleh barisan penyampai muda.
Hasil kajian juga mendapati kepercayaan terhadap berita secara keseluruhan meningkat sebanyak empat peratus mata dibandingkan dengan tahun lepas, seiring dengan tahap kepercayaan.
#Astro Awani #jenama berita paling dipercayai #Reuters #enam tahun berturut-turut