Astro AWANI rangkul empat anugerah termasuk Anugerah Ketua Menteri Sarawak

Azizah Alwi
November 6, 2020 18:33 MYT
Astro Awani mengungguli Anugerah Kewartawanan Kenyalang kali ke 32 2020 selepas memenangi empat anugerah utama. - Astro AWANI.
KUCHING: Astro Awani mengungguli Anugerah Kewartawanan Kenyalang kali ke 32 2020 selepas memenangi empat anugerah utama termasuk Anugerah Ketua Menteri Sarawak.
Wakil wartawan Astro AWANI, Nuzuluddin Abdul Razak, yang memenangi anugerah itu membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai.
Selain Anugerah Ketua Menteri Sarawak, laporan berita Tekad penjual midin ubah nasib keluarga karya Nuzuluddin Abdul Razak telah merah tempat pertama bagi kategori Anugerah Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Luar Bandar.
Laporan yang mengisahkan mengenai ketabahan pasangan suami isteri terpaksa menjual sayur midin untuk menyara keluarga selain pengajian persekolahan anaknya.
Kedaifan laporan itu turut mendapat perhatian Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah
Manakala wakil wartawan Fadilah Sulaiman dan jurukamera, Mohd Surfri Affendi pula berjaya meraih tempat kedua untuk kategori Anugerah Digital Ekonomi Penyiaran menerusi laporan berita D'virtual park tawar kelainan.
Bukan itu sahaja, pengorbanan menyelusuri ratusan hektar tanah bagi memadam kebakaran laporan Nuzuluddin bersama bekas wakil wartawan Astro AWANI, Syafik Ahmad serta jurukamera, Mohd Gustie Noor Ambia berjaya memenangi tempat ketiga bagi kategori Anugerah Wartawan Penyiaran.
Malam penghargaan tertinggi kewartawanan Sarawak itu dihadiri Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg diiringi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian.
Hadir sama, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Abdullah Saidol.
#Anugerah Kewartawanan Kenyalang #Astro AWANI menang Kenyalang Awards #Anugerah Ketua Menteri Sarawak #laporan berita terbaik #ekonomi #wanita #kebakaran #Kanak-kanak