Astro AWANI-RTM rakan penganjur rasmi Debat Ekonomi, Rafizi ucap terima kasih

Nickyson Nyambar
Ogos 1, 2023 14:38 MYT
Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini bersetuju secara rasmi untuk berdebat tanpa sebarang syarat.
KUALA LUMPUR : Astro AWANI dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menjadi penganjur rasmi bagi 'Debat Ekonomi Malaysia' pada 9 Ogos ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam ciapannya di laman sosial 'X' secara ringkas mengucapkan terima atas kesudian dua platform penyiaran ini untuk menganjurkan debat bersama Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman
"Terima kasih kepada RTM dan Astro AWANI yang akan menjadi rakan penganjur rasmi bagi Debat Ekonomi.
"Antara proses demokrasi yang matang adalah rakyat dapat membanding bezakan rancangan dan visi mana-mana parti politik yang mahukan undi rakyat.
"Kita akan jumpa pada 9 Ogos nanti," katanya pada Selasa.

Terima kasih kepada RTM dan Astro Awani yang akan menjadi rakan penganjur rasmi bagi Debat Ekonomi. Antara proses demokrasi yang matang adalah rakyat dapat membanding bezakan rancangan dan visi mana-mana parti politik yang mahukan undi rakyat. Kita akan jumpa pada 9 Ogos nanti. pic.twitter.com/bQgZ5LmFnh

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) August 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini bersetuju secara rasmi untuk berdebat tanpa sebarang syarat.
Sementara itu, menurut Syahir, persetujuan itu dibuat setelah beliau mempertimbangkan semula jemputan Rafizi dan mendapat keizinan pucuk pimpinan.
Justeru itu katanya, pemilihan tarikh, moderator, format, dan media diserahkan kepada pihak Rafizi untuk ditetapkan.
[TERKINI] Rafizi-Syahir capai persetujuan, Astro Awani anjur ‘Debat Ekonomi Malaysia’ 9 Ogos
Bagaimanapun Syahir mencadangkan agar tajuk yang diguna pakai adalah 'Malaysia Lebih Baik'.
Beliau berkata demikian dalam e-mel yang dihantar kepada Rafizi pada Selasa.
Setiausaha Sulit Kanan kepada Rafizi iaitu Mohd Rashidi Ruslan membalas kepada Syahir berkata, tarikh yang dicadangkan oleh pihak pentadbiran itu dibuat supaya ia dapat diadakan sebelum tarikh mengundi pilihan raya negeri (PRN) iaitu sebelum 12 Ogos 2023.
Mengulas mengenai format pula, ia akan diuruskan oleh pihak penyiaran dan mengikut persetujuan bersama kedua-dua pihak.
Debat itu diharap dapat dilangsungkan dengan jaya dalam meraikan perbezaan pandangan serta idea dan dapat dijadikan satu wadah dalam membudayakan kematangan demokrasi di negara ini.
#debat ekonomi #Awani #RTM #Rafizi Ramli #Syahir Sulaiman