KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Sulaiman berubah fikiran dan bersetuju menerima undangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat.
Bukan sekadar bersetuju menerima jemputan, bahkan, Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok sedia berdebat dengan Menteri Ekonomi itu tanpa sebarang syarat.
Menurut Mohd Syahir, persetujuan itu dibuat setelah beliau mempertimbangkan semula jemputan Rafizi serta mendapat keizinan pucuk pimpinan parti.
"Justeru pemilihan tarikh, moderator, format, dan media, saya serahkan kepada pihak Rafizi untuk tetapkan. Pemilihan tajuk saya cadangkan, "MALAYSIA LEBIH BAIK"," katanya dalam e-mel kepada Rafizi, pada Selasa.
Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Ekonomi, Mohd Rashidi Ruslan dalam balasan e-mel kepada Syahir berkata, Rafizi menzahirkan ucapan terima kasih atas persetujuan mengenai debat tersebut.
"Sehubungan itu pentadbiran ini mencadangkan Astro AWANI dilantik sebagai pihak berkecuali bagi menganjurkan debat tersebut.
"Pentadbiran ini mencadangkan agar tarikh debat tersebut diadakan pada Rabu 9 Ogos 2023 atau satu tarikh sebelum Hari Mengundi Pilihan Raya Negeri iaitu sebelum 12 Ogos 2023.
"Perbincangan mengenai ketetapan tarikh serta format debat tersebut akan diuruskan oleh pihak Astro AWANI dan dipersetujui secara bersama kedua-dua pihak," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Rashidi berkata, Rafizi turut mengucapkan tahniah kepada Syahir atas penerimaan jemputan bagi menjayakan debat berkenaan.
"Semoga debat tersebut akan dilangsungkan dengan jayanya di dalam meraikan perbezaan pandangan serta idea dan dapat dijadikan sebagai satu wadah di dalam membudayakan kematangan demokrasi di negara ini," ujar Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR itu lagi.
Sebelum ini, Rafizi yang dalam ceramahnya mencabar bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berdebat dengannya mengenai ekonomi Malaysia.
Kata Rafizi, cabaran berdebat tersebut bagi membuktikan rekod Mohamed Azmin ketika menjadi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan sekarang.
Bagi menjayakan debat berkenaan, Astro AWANI menawarkan ruang buat kedua-dua pemimpin berkenaan berdebat di pentas.
Bagaimanapun, Azmin meletakkan syarat menyebabkan hasrat Rafizi tidak kesampaian.
Tidak berputus asa, Rafizi kemudiannya mempelawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula menggantikan Azmin dalam membincangkan isu ekonomi negara.
Sekali lagi, hasrat Rafizi tidak tercapai kerana Muhammad Sanusi juga menolak pelawaan itu.
Pelawaan ketiga Ahli Parlimen Pandan itu kemudiannya terarah kepada Mohd Syahir yang juga pada awalnya menolak jemputan itu.
Namun, hari ini, Mohd Syahir memberikan persetujuannya untuk berdebat dengan Rafizi tanpa syarat.
Afiezy Azaman
Tue Aug 01 2023
Mohd Syahir Sulaiman (kiri) menyatakan kesediaannya menyahut cabaran Rafizi Ramli untuk berdebat mengenai ekonomi Malaysia pada 9 Ogos ini. Saluran berita Astro AWANI akan menjadi penganjur bagi debat berkenaan.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
Pilpres 2024: Bangunkan lebih banyak fakulti kedoktoran antara janji calon
Calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berjanji akan membangunkan 300 fakulti kedoktoran jika terpilih memegang jawatan tersebut.
Malaysia bawa suara rakyat Palestin ke Debat PBB, 23 Jan ini
Demi menunjukkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada Palestin, Malaysia akan menghantar delegasi ke Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan PBB.
Pemilu 2024: Calon presiden Indonesia sertai debat ketiga
Ketiga-tiga calon Presiden itu mengutarakan pandangan mereka mengenai pelbagai isu semasa membabitkan pertahanan, geopolitik dan diplomasi.
Isham sahut cabaran Ahmad Zahid untuk berdebat
Menurut Isham, beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.
Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi
Perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.
Lipas melekat luar tingkap kapal terbang
Rakaman kejadian luar biasa itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Syahir cadang debat isu pendidikan, Fadhlina Siddiq-Haim Hilman
Ahli Parlimen Bachok mencadangkan agenda debat berkaitan isu nasional diteruskan.
Debat Ekonomi: Syahir mohon doa ke Angkasapuri
Budak PASTI ini tidak pernah terfikir suatu hari nanti dia akan berdebat dengan seorang menteri.
PRN: Adam Adli tolak pelawaan debat Syed Saddiq, Ahmad Fadhli terima
Ahmad Fadhli Shaari menerima sahutan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk berdebat mengenai hala tuju anak muda.
PRN: Syed Saddiq ajak Adam Adli, Fadhli Shaari debat hala tuju anak muda
Jelas Ahli Parlimen Muar itu, cadangan debat berkenaan bukan bertujuan memalukan atau membunuh karakter individu tertentu.