NATIONAL
Astro lancar “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, penjimatan hingga RM960
Pek “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” adalah sebahagian daripada Astro One, menawarkan pelbagai kandungan premium Astro, termasuk pelbagai saluran pilihan, program tempatan Astro, Astro Originals, hiburan on demand, serta akses Astro GO.
KUALA LUMPUR: Syarikat peneraju kandungan dan hiburan Malaysia, Astro pada Selasa melancarkan pek hiburan istimewa yang berbaloi dan direka eksklusif untuk menzahirkan rasa penghargaan kepada lebih 1.6 juta penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.
Ringkasan AI
- Astro melancarkan pek hiburan istimewa untuk penjawat awam dengan harga diskaun dan kandungan premium termasuk saluran tempatan, antarabangsa, sukan dan kanak-kanak.
- Penjawat awam boleh melanggan Pek Entertainment pada RM39.99 dan Pek Sports pada RM69.99 sebulan dengan penjimatan sehingga RM960 dan pemasangan percuma.
- Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian atau WhatsApp dengan bukti status penjawat awam atau pesara, dan tawaran ini sah selama 24 bulan.
Pek “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” adalah sebahagian daripada Astro One, menawarkan pelbagai kandungan premium Astro, termasuk pelbagai saluran pilihan, program tempatan Astro, Astro Originals, hiburan on demand, serta akses Astro GO.
Dengan mengambil berat minat berlainan dalam kalangan penjawat awam dan pengguna, pek ini merangkumi pilihan untuk perkhidmatan penstriman, berita, pendidikan, sukan, filem, hiburan tempatan dan antarabangsa pada harga berpatutan.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Astro, Tai Kam Leong, berkata, sebagai sebuah syarikat yang sudah sebati dalam kalangan masyarakat, sekali gus menjadi sebahagian daripada sejarah negara ini untuk sekian lama, Astro menghubungkan keluarga dan masyarakat melalui pelbagai isi kandungan dan perkhidmatan.
“Kami memahami tanggungjawab yang dipikul oleh penjawat awam dalam membentuk negara ini, dan pek istimewa ini mencerminkan tanda penghargaan kami, menawarkan hiburan dengan harga lebih berpatutan, dan kami percaya tawaran ini memberikan nilai tidak terhingga.
“Sebagai sebahagian daripada “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” semua penjawat awam akan menikmati tawaran eksklusif dan diskaun untuk Pek Entertainment dan Pek Sports Astro One,” katanya menerusi kenyataan di sini.
Menurutnya, tawaran menarik ini direka untuk menjadikan pek paling popular Astro lebih berpatutan dan mudah diakses oleh penjawat awam.
Tawaran ini termasuk penjimatan besar sehingga RM960 beserta tontonan percuma kandungan kanak-kanak dan juga pemasangan Plug & Play percuma.
Mengulas lanjut, Kam Leong berkata, Pek Entertainment Astro One menyediakan akses kepada lebih daripada 100 saluran dengan membariskan kandungan tempatan serta antarabangsa yang direka untuk setiap isi rumah.
Penjawat awam dapat mengakses pek tersebut dengan harga RM39.99/sebulan (RRP: RM49.99), selain boleh menikmati rancangan popular seperti Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, Astro Originals First Wives, dan banyak lagi.
“Dengan akses percuma untuk Astro GO, pelanggan boleh strim kandungan kegemaran mereka tidak kira masa, di mana jua.
“Astro komited untuk menyokong kesejahteraan masyarakat Malaysia dan mengiktiraf sumbangan penting penjawat awam kepada pembangunan negara. Astro percaya inisiatif ini bukan sekadar memberi nilai kepada penjawat awam tetapi juga mengukuhkan ikatan antara Astro dan komuniti,” jelasnya.
Katanya, peminat sukan pula boleh mendapatkan Pek Sports Astro One, yang mengandungi pelbagai program dalam Pek Entertainment Astro One dengan tambahan siaran langsung kandungan sukan termasuk Premier League, acara BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, Kriket, Tenis dan banyak lagi dengan hanya RM69.99/sebulan (RRP: RM99.99).
Para pelanggan dengan “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” juga akan menikmati tontonan percuma kandungan kanak-kanak (RRP: 9.99/sebulan) dengan akses kepada 6 saluran kanak-kanak termasuk Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan banyak lagi.
Para penjawat awam boleh mendaftar pek “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” menerusi laman web https://www.astro.com.my/penjawatawam atau menerusi WhatsApp di talian +60 3-9543 3838. Bukti pekerjaan sebagai penjawat awam atau pesara diperlukan semasa proses pendaftaran.
Tertakluk kepada terma dan syarat. Harga diskaun bulanan dan tontonan percuma sah selama 24 bulan.