MALAYSIA
Astro perluas inisiatif Rimba Kita dengan fokus pemeliharaan sungai
Menurut Euan program yang dilaksanakan bersama Yayasan Pintar dan Yayasan Astro Kasih (YAK) itu memperluaskan skop daripada aktiviti pemuliharaan hutan kepada penerokaan dan penjagaan sungai. - Gambar fail/Astro
HULU LANGAT: Astro terus mengukuhkan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar melalui pengembangan inisiatif Rimba Kita, kali ini memberi tumpuan kepada pemeliharaan sungai.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Euan Smith berkata, program yang dilaksanakan bersama Yayasan Pintar dan Yayasan Astro Kasih (YAK) itu memperluaskan skop daripada aktiviti pemuliharaan hutan kepada penerokaan dan penjagaan sungai.
Ia selaras dengan peranan pentingnya dalam ekosistem di negara ini.
“Sungai sangat penting untuk pertanian, pengangkutan selain seperti kita tahu sumber itu membawa nutrien dan sebagainya.
"Usaha ini adalah sebahagian daripada memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dikalangan pelajar sekolah serta menggalakkan orang ramai untuk turut serta,” katanya.
Beliau berkata demikian di Program Sungai Kita River Care di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pomson di Hulu Langat pada Rabu.
Euan berkata, inisiatif yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu itu turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk World Wide Fund (WWF ) dan UN Global Compact bertujuan memperluaskan kesedaran awam.
"Kami banyak meluangkan masa bersama sekolah-sekolah kerana mahu mendekati kanak-kanak ketika mereka masih kecil.
"Ini kerana kami (Astro) menganggap diri kami sebahagian daripada masyarakat dan juga sebahagian daripada komuniti,” ujarnya.
Tambahnya, aktiviti seumpama ini menjadi langkah strategik untuk menyampaikan mesej pendidikan alam sekitar dengan lebih berkesan.
“Astro mahu menonjolkan perkara-perkara baik kepada komuniti dan menunjukkan penglibatan kami ketika menggerakkan inisiatif sebegini.
"Semuanya berkonsepkan pada pendidikan dan kesedaran tentang betapa kritikal dan bernilainya ekosistem kita dan betapa indahnya alam semula jadi,” katanya lagi.
Astro juga katanya yakin, pendekatan bersama sekolah dan komuniti tempatan akan membentuk generasi masa depan yang lebih bertanggungjawab terhadap kelestarian alam dan khazanah negara.
Ringkasan AI
- Astro memperluas inisiatif Rimba Kita dengan fokus baharu terhadap pemeliharaan sungai, selaras dengan kepentingannya dalam ekosistem negara.
- Program ini melibatkan kerjasama dengan Yayasan Pintar, Yayasan Astro Kasih, WWF dan UN Global Compact, serta memberi tumpuan kepada pendidikan alam sekitar di sekolah. Astro percaya pendekatan bersama komuniti dan sekolah dapat membentuk generasi masa depan yang lebih bertanggungjawab terhadap kelestarian alam semula jadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Euan Smith berkata, program yang dilaksanakan bersama Yayasan Pintar dan Yayasan Astro Kasih (YAK) itu memperluaskan skop daripada aktiviti pemuliharaan hutan kepada penerokaan dan penjagaan sungai.
Ia selaras dengan peranan pentingnya dalam ekosistem di negara ini.
“Sungai sangat penting untuk pertanian, pengangkutan selain seperti kita tahu sumber itu membawa nutrien dan sebagainya.
"Usaha ini adalah sebahagian daripada memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dikalangan pelajar sekolah serta menggalakkan orang ramai untuk turut serta,” katanya.
Beliau berkata demikian di Program Sungai Kita River Care di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pomson di Hulu Langat pada Rabu.
Euan berkata, inisiatif yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu itu turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk World Wide Fund (WWF ) dan UN Global Compact bertujuan memperluaskan kesedaran awam.
"Kami banyak meluangkan masa bersama sekolah-sekolah kerana mahu mendekati kanak-kanak ketika mereka masih kecil.
"Ini kerana kami (Astro) menganggap diri kami sebahagian daripada masyarakat dan juga sebahagian daripada komuniti,” ujarnya.
Tambahnya, aktiviti seumpama ini menjadi langkah strategik untuk menyampaikan mesej pendidikan alam sekitar dengan lebih berkesan.
“Astro mahu menonjolkan perkara-perkara baik kepada komuniti dan menunjukkan penglibatan kami ketika menggerakkan inisiatif sebegini.
"Semuanya berkonsepkan pada pendidikan dan kesedaran tentang betapa kritikal dan bernilainya ekosistem kita dan betapa indahnya alam semula jadi,” katanya lagi.
Astro juga katanya yakin, pendekatan bersama sekolah dan komuniti tempatan akan membentuk generasi masa depan yang lebih bertanggungjawab terhadap kelestarian alam dan khazanah negara.

#Program sungai kita
#memperluaskan skop daripada aktiviti pemuliharaan hutan
#Kelestarian alam sekitar
#memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dikalangan pelajar