MALAYSIA

AstroBiz: Restoran Ahmad Khan sediakan lebih 100 menu pilihan, kebersihan jadi keutamaan

Siti Nur Aqilla Omar 05/09/2025 | 04:30 MYT
Rifayudheen bersama menu hidangan istimewa Restoran Ahmad Khan iaitu mee goreng mamak, nasi lemak ayam berempah dan nasi beriani ayam yang menjadi pilihan pelanggan sejak 30 tahun lalu. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Beroperasi lebih 31 tahun dan kini diterajui generasi kedua, Restoran Ahmad Khan terus mengekalkan reputasi sebagai antara restoran mamak paling digemari masyarakat setempat dengan menawarkan lebih 100 pilihan menu.

Restoran Ahmad Khan juga menjadi salah satu pemenang Kempen Astro BizOne Rewards dan berpeluang memperluas jenama kepada para pencinta makanan menerusi liputan khas di Astro AWANI.

Pemiliknya, Rifayudheen Ahmad Khan, 38 tahun, berkata terdapat tiga cawangan restoran mamak itu di Bandar Baru Permas Jaya dan Kota Masai.

Tidak seperti restoran mamak lain yang fokus kepada Nasi Kandar, katanya, Restoran Ahmad Khan menyajikan pelbagai makanan mengikut lapisan kaum di negara ini.

"Resipi kejayaan restoran ini bukan sahaja pada kualiti dan kesedapan makanan, tetapi terletak pada kebersihan serta harga yang berpatutan.

"Kebersihan dan keselesaan menjadi tunjang utama dan tarikan pelanggan untuk terus menjadikannya 'port' melepak terutama ketika siaran langsung sukan kegemaran mereka," katanya ketika ditemu bual di restoran tersebut, di sini.

Katanya, restoran ini terkenal dengan nasi berlauk lebih 40 jenis, selain menu popular seperti nasi beriani ayam, ayam goreng berempah, murtabak, nasi lemak serta mee goreng mamak yang sentiasa menjadi tarikan pelanggan.

Rifayudheen berkata, bagi kepuasan pelanggan, Restoran Ahmad Khan turut menyediakan empat unit televisyen dengan pakej langganan Astro BizOne yang menayangkan siaran langsung sukan, terutamanya bola sepak Liga Perdana Inggeris dan badminton.

Nasi Lemak Ayam Berempah, hidangan panas yang popular di Restoran Ahmad Khan. - Foto Astro AWANI


"Restoran mamak ini tidak lari dari Astro. Senang cerita, semua restoran mamak ini melibatkan Astro, lebih-lebih lagi Astro BizOne. Ia memberi impak dengan menarik ramai pelanggan.

"Apabila ada perlawanan siaran langsung membabitkan sukan bola sepak Liga Perdana Inggeris dan badminton, boleh dikatakan hampir 300 pelanggan akan datang menonton dan menikmati menu istimewa kami.

"Astro BizOne ini satu platform yang baik terutamanya kepada peniaga. Dari segi kualiti dan penyiaran, memang 'first class'. Bagi saya, tidak rugi kalau langgan pakej ini.

"Ini adalah situasi menang-menang. Memang di rumah semua, orang ada televisyen tetapi apabila di kedai ini, feel-nya lain, dengan kawan-kawan dan keluarga, datang sini ramai-ramai, suasana itu berbeza," katanya..

Bagi pelanggan tetap, Mohd Hanzallah Jalaludeen, seorang penasihat jualan kenderaan, Restoran Ahmad Khan bukan sekadar tempat makan tetapi lokasi lepak yang memberi suasana berbeza.

"Restoran ini bersih dan makanan sedap. Saya suka nasi lemak ayam berempah. Ayamnya sentiasa dapat yang panas-panas.

"Kalau tengah malam terasa lapar, memang saya datang sini. Perlawanan bola, walaupun boleh tonton di rumah, feel dia lain apabila tonton ramai-ramai di kedai mamak. 'Live' (siaran langsung) di sini memang terbaik dan tak ada gangguan,” katanya.

Restoran Ahmad Khan di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, salah satu pemenang Kempen Astro BizOne Rewards. - Foto Astro AWANI


Sementara itu, seorang lagi pelanggan, Azim Shukri, menyifatkan restoran itu sebagai pilihan utama kerana kepantasan layanannya.

"Servis di sini memang tip-top. Apa yang kita pesan, cepat sampai. Makanan pun sedap, tempat bersih dan selesa. Memang ada feel tersendiri apabila tengok bola di sini,” katanya, yang bekerja sebagai seorang jurutera.

Sehingga hari ini, lebih 80 premis makanan dan minuman (F&B) di seluruh Malaysia berjaya menerima sokongan pemasaran berimpak tinggi daripada Astro.

Kempen yang sedang berlangsung hingga Oktober 2025 ini menyasarkan pemberian ganjaran kepada 200 premis makanan terbaik yang mendaftar, memperbaharui atau menaik taraf Pakej Astro BizOne.

Tunggu apa lagi? Ayuh sertai Astro BizOne Rewards hari ini dan gandakan potensi bisnes anda ke peringkat lebih tinggi sebelum tarikh tamat pada 17 Oktober 2025.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web biz.astro.com.my .









#Restoran Ahmad Khan #Kempen Astro BizOne Rewards #siaran langsung #restoran mamak