GADGETS

ASUS mungkin hasilkan memori sendiri untuk kekalkan harga peranti

Amanz 26/12/2025 | 07:00 MYT
Langkah ini dilihat menarik kerana ASUS sebelum ini hanya bergantung kepada pengeluar cip semikonduktor lain. -Foto Amanz
HARGA komponen memori global terus meningkat berikutan kekurangan bekalan dan permintaan tinggi daripada pembina komponen serta pusat data AI yang sanggup membayar harga berlipat ganda.


Ringkasan AI
  • Harga komponen memori global meningkat akibat kekurangan bekalan dan permintaan tinggi dari pembina komponen serta pusat data AI.
  • Pengeluar komputer riba seperti Acer, ASUS, Dell, HP dan Lenovo diramalkan menaikkan harga peranti pada tahun depan.
  • ASUS dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan memori RAM sendiri bagi mengurangkan kos, berbeza dengan pengeluar lain yang masih bergantung kepada pengeluar cip semikonduktor lain.-Amanz

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Keadaan ini dijangka memaksa pengeluar komputer riba seperti Acer, ASUS, Dell, HP dan Lenovo menaikkan harga peranti mereka pada tahun depan.

Namun, laporan terbaharu mendakwa ASUS sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan memori RAM sendiri bagi mengurangkan kos.

Langkah ini dilihat menarik kerana ASUS sebelum ini hanya bergantung kepada pengeluar cip semikonduktor lain.

Berbeza dengan Acer dan Lenovo yang mempunyai jenama memori sendiri tetapi masih menggunakan cip daripada Samsung dan Micron, ASUS dilapor mahu membangunkan pengeluaran memori DDR5 dan LPDDR5X.

Jika benar, ASUS memerlukan kepakaran setaraf pengeluar utama seperti Samsung, SK Hynix dan Micron, selain fasiliti pembuatan berskala besar.

Kerjasama dengan pengeluar memori kecil juga berkemungkinan berlaku sekiranya tujuan utama adalah mengurangkan kos untuk peranti mereka.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada ASUS mengenai perkara ini. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah faktor utama yang menyebabkan harga komponen memori global meningkat?
    A: Kekurangan bekalan dan permintaan tinggi daripada pembina komponen serta pusat data AI.
  • Q: Mengapakah pengeluar komputer riba seperti Acer, ASUS, Dell, HP, dan Lenovo perlu menaikkan harga peranti pada tahun depan?
    A: Meningkatnya harga komponen memori global akan memaksa mereka untuk menaikkan harga peranti.
  • Q: Apa langkah yang diambil oleh ASUS bagi mengurangkan kos komponen memori?
    A: ASUS sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan memori RAM sendiri.
  • Q: Apakah perbezaan pendekatan ASUS dengan Acer dan Lenovo dalam penghasilan memori?
    A: ASUS berhasrat untuk menghasilkan memori DDR5 dan LPDDR5X sendiri, berbeza dengan Acer dan Lenovo yang masih bergantung kepada cip daripada Samsung dan Micron.
  • Q: Adakah ASUS memerlukan kepakaran tertentu serta fasiliti pembuatan untuk menghasilkan memori sendiri?
    A: Jika ASUS benar-benar menghasilkan memori sendiri, mereka memerlukan kepakaran setaraf pengeluar utama seperti Samsung, SK Hynix, dan Micron, serta fasiliti pembuatan berskala besar.



#Samsung