GADGETS

ASUS perkenal konsep penghala WiFi 8 pertama di dunia di CES 2026

Amanz 09/01/2026 | 05:15 MYT
ASUS memperkenalkan konsep penghala WiFi 8 dengan produk ASUS ROG NeoCore Wi-Fi 8 Router di CES 2026. -Foto Amanz
TEKNOLOGI internet nirwayar WiFi 8 dijangka hanya diperkenalkan secara meluas sekitar 2028 kerana piawaiannya masih belum dimuktamadkan, termasuk aspek penggunaan spektrum.


Ringkasan AI
  • Teknologi internet nirwayar WiFi 8 dijangka diperkenalkan luas pada tahun 2028 kerana masih dalam proses pembangunan.
  • ASUS memperkenalkan konsep penghala WiFi 8 dengan produk ASUS ROG NeoCore Wi-Fi 8 Router di CES 2026.
  • Penghala ini menyokong rangkaian tri-band dan sambungan luas sesuai untuk rumah pintar dengan pelbagai peranti berhubung.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Namun, ASUS mengambil langkah awal dengan memperkenalkan konsep penghala WiFi 8 di acara CES 2026.

Produk yang dinamakan ASUS ROG NeoCore Wi-Fi 8 Router itu dipamerkan di reruai syarikat berkenaan.

Setakat ini, butiran terperinci mengenai penghala tersebut masih terhad, tetapi ia disahkan menyokong rangkaian tri-band dan julat sambungan lebih luas, sesuai untuk rumah pintar dengan banyak peranti berhubung.

ASUS menegaskan penghala ROG NeoCore ini masih berstatus konsep kerana piawaian WiFi 8 belum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan syarikat itu akan melancarkan produk baharu berasaskan teknologi ini dalam masa terdekat. -Amanz





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah produk yang diperkenalkan oleh ASUS dalam acara CES 2026?
    A: ASUS memperkenalkan konsep penghala WiFi 8 yang dinamakan ASUS ROG NeoCore Wi-Fi 8 Router.
  • Q: Apakah kelebihan yang disokong oleh penghala WiFi 8 ASUS ROG NeoCore?
    A: Penghala tersebut disahkan menyokong rangkaian tri-band dan julat sambungan lebih luas, sesuai untuk rumah pintar dengan banyak peranti berhubung.
  • Q: Mengapakah penghala ASUS ROG NeoCore masih berstatus konsep?
    A: Penghala ROG NeoCore masih berstatus konsep kerana piawaian WiFi 8 belum dimuktamadkan, dan butiran terperinci mengenainya masih terhad.
  • Q: Bilakah teknologi internet nirwayar WiFi 8 dijangka akan diperkenalkan secara meluas?
    A: Teknologi internet nirwayar WiFi 8 dijangka hanya akan diperkenalkan secara meluas sekitar 2028 kerana piawaian masih belum dimuktamadkan.
  • Q: Adakah ASUS merancang untuk melancarkan produk berdasarkan teknologi WiFi 8 dalam masa terdekat?
    A: Terdapat kemungkinan bahawa ASUS akan melancarkan produk baharu berasaskan teknologi WiFi 8 dalam masa terdekat, walaupun penghala ROG NeoCore masih dalam status konsep.



#Asus #Wi-Fi 8 Router #CES 2026 #ROG NeoCore