awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asyraf Wajdi cadang tukar nama MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi

Bernama
Bernama
16/04/2025
07:31 MYT
Asyraf Wajdi cadang tukar nama MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi
Menurut Asyraf, cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan supaya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang dinamakan semula sebagai MRSM Tun Abdullah Badawi bagi mengenang jasa dan sumbangan Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKWD) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.
"Sebagai mengenang jasa Almarhum Pak Lah (Tun Abdullah), saya akan mendapatkan persetujuan Menteri KKDW (Ahmad Zahid) untuk menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi," katanya menerusi hantaran di Instagram, hari ini.
Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir pada 7.10 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Jenazah Tun Abdullah dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara semalam, mengikut Istiadat Pengebumian Negara yang turut dihadiri pemimpin tertinggi negara, kenamaan serta rakyat pelbagai lapisan masyarakat bagi memberikan penghormatan terakhir.
Allahyarham yang juga bekas Menteri Pendidikan dan Menteri Luar Negeri dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2003, dikenang sebagai pemimpin berjiwa lembut dan bersederhana, yang banyak menekankan prinsip Islam Hadhari dan memperkukuh dasar pentadbiran berteraskan integriti serta ketelusan.
MRSM Kepala Batas terletak di kawasan Parlimen yang pernah diwakili Tun Abdullah selama tujuh penggal dari 1978 hingga 2008.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MRSM Tun Abdullah Badawi
#Ahmad Zahid Hamidi
#MRSM Kepala Batas
#Asyraf Wajdi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan