MALAYSIA
Asyraf Wajdi fail saman RM1 juta terhadap Papagomo, nafi salah guna dana MARA
Asyraf Wajdi (kanan) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Papagomo atau susulan dakwaan fitnah yang mengaitkan beliau sebagai Pengerusi MARA dengan salah guna kuasa serta penyelewengan dana agensi tersebut.
SHAH ALAM: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap personaliti media sosial, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, susulan dakwaan fitnah yang mengaitkannya dengan salah guna kuasa serta penyelewengan dana agensi tersebut.
Menerusi satu kenyataan tegas yang dimuat naik di media sosial, Asyraf Wajdi berkata, beliau akan memfailkan saman RM1 juta terhadap Papagomo yang didakwa menyebarkan tohmahan berhubung pengagihan tender makanan dan projek Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), selain mendakwa beliau menggunakan dana MARA untuk membeli lembu korban di Gerik.
“Tular satu lagi siri fitnah oleh Papagomo yang mendakwa saya mengagihkan tender makan dan projek-projek MRSM kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian serta menggunakan duit MARA untuk beli lembu korban di Gerik.
"Astaghfirullah… sejak bila saya terlibat dengan tender makan MRSM?” soal Asyraf Wajdi.
Menurut Asyraf Wajdi, sebagai Pengerusi MARA, beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif mahupun penglibatan dalam mesyuarat tender perolehan agensi itu.
“Seluruh Malaysia tahu saya sendiri turun padang ke MRSM, termasuk ke dewan selera untuk ‘menyerbu’ bagi memecahkan kartel yang menyebabkan kualiti makanan merosot. Langkah itu demi menjaga kebajikan dan keselesaan pelajar,” jelasnya.
Tambah beliau, peranannya selaku pengerusi adalah untuk bersama-sama Ahli Majlis MARA memastikan tadbir urus agensi terus diperketat dan ditambah baik.
“Sebagai pengerusi, saya bertanggungjawab memastikan tiada ruang untuk salah guna kuasa, termasuk dalam isu tender seperti yang difitnah.”
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya lembu korban yang diagihkan kepada penduduk Gerik adalah hasil peruntukan MARA.
“Fitnah jahat ini sangat melampau. Lembu-lembu korban itu semuanya adalah sumbangan peribadi individu dan sahabat-sahabat yang berniat untuk menyumbang di Gerik dan Pasir Puteh, Kelantan. Tidak ada satu sen pun wang MARA digunakan.”
Mengakhiri kenyataannya, Asyraf Wajdi berkata, beliau tidak akan berdiam diri terhadap tuduhan sedemikian dan menyeru agar budaya fitnah dihentikan.
“Tuduhan ini amatlah melampau, mengaibkan dan menjejaskan reputasi saya. Kita jumpa di mahkamah. Saya akan saman RM1 juta. Budaya fitnah seperti ini tidak boleh dibiarkan,” tegasnya.