awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atap, dinding diterbang ribut

Sinar Harian
Sinar Harian
03/09/2018
16:43 MYT
Atap, dinding diterbang ribut
Antara rumah yang rosak selepas atap dan dinding diterbangkan ribut. - Foto Sinar Harian
Sekurang-kurangnya sembilan buah rumah rosak selepas atap dan dinding diterbangkan ribut dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang tadi di Kampung Sungai Manik Lama Kanan, di sini.
Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berkenaan dan telah melawat mangsa petang tadi.
"Saya menerima laporan bahawa terdapat ribut di Dun Sungai Manik dan telah melawat mangsa di sembilan buah rumah melibatkan enam buah rumah di Parit 3C serta tiga buah rumah lagi d Parit 4C, Sungai Manik.
"Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan kerana semua mangsa sempat menyelamatkan diri ketika rumah mereka dipukul ribut," katanya.
Menurut Zainol Fadzi, pihaknya turut menerima maklumat terdapat beberapa buah rumah rosak di Labu Kubong melibatkan Parit 3,4,5 dan 6RL dalam kejadian sama petang tadi.
"Bagaimanapun saya belum menerima maklumat lengkap dan siasatan sedang dijalankan oleh pegawai saya untuk tindakan lanjut.
"Saya meminta semua mangsa ribut di Dun Sungai Manik membuat laporan polis untuk membolehkan kami membantu mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#ADUN Sungai Manik
#atap
#Kampung Sungai Manik Lama Kanan
#Labu Kubong
#Parit 4C
#ribut
#Sungai Manik
#Zainol Fadzi Paharudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan