awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atase Pertahanan Malaysia ketuai misi pemerhati ASEAN ke sempadan Thailand-Kemboja

Bernama
Bernama
19/08/2025
21:30 MYT
Atase Pertahanan Malaysia ketuai misi pemerhati ASEAN ke sempadan Thailand-Kemboja
Samsul (tiga, kiri) menegaskan komitmen pasukan itu untuk mengekalkan ketelusan dalam memastikan kedua-dua negara mematuhi perjanjian gencatan senjata bagi mengembalikan keamanan dan kestabilan. - Foto Atase Pertahanan Malaysia ke Thailand
BANGKOK: Atase Pertahanan Malaysia ke Thailand Brig Jen Samsul Rizal Musa, mengetuai Pasukan Pemerhati Interim (IOT) dalam pemeriksaan di sempadan Thailand - Kemboja bagi memantau pelaksanaan gencatan senjata dan memastikan proses itu berjalan secara telus serta berkecuali.
Pemeriksaan selama tiga hari yang dianjurkan oleh Angkatan Tentera Diraja Thai (RTARF) bermula Isnin hingga 20 Ogos itu meliputi wilayah Ubon Ratchathani, Si Sa Ket, dan Surin.
Ia membabitkan 14 wakil daripada lapan negara anggota ASEAN - Malaysia, Brunei, Laos, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Vietnam.
Samsul menegaskan komitmen pasukan itu untuk mengekalkan ketelusan dalam memastikan kedua-dua negara mematuhi perjanjian gencatan senjata bagi mengembalikan keamanan dan kestabilan.
Beliau berkata IOT telah menjalankan pemeriksaan di lokasi sempadan yang sebelum ini menjadi tumpuan pertikaian.
"IOT ditugaskan memerhati pelaksanaan pengaturan gencatan senjata oleh kedua-dua negara serta mengumpul dan menyusun maklumat, data, fakta dan input bagi memastikan proses berjalan secara telus dan adil tanpa memihak," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, RTARF dalam kenyataan berkata lawatan lapangan bermula di Hospital Kem Sunphasitthiprasong di Wilayah Ubon Ratchathani dan para pemerhati diberi taklimat mengenai insiden baru-baru ini.
Sepanjang lawatan itu, para pemerhati menjalankan pemeriksaan lapangan di beberapa lokasi utama di sepanjang sempadan, menurut kenyataan itu.
RTARF menegaskan komitmennya untuk menyelesaikan pertikaian melalui cara aman, selaras dengan prinsip ASEAN dan undang-undang antarabangsa, namun menekankan bahawa Thailand akan mempertahankan kedaulatan serta keselamatan rakyatnya sekiranya berlaku pelanggaran.
IOT merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang dicapai semasa Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Thailand - Kemboja pada 7 Ogos di Kuala Lumpur.
Campur tangan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, bersama Amerika Syarikat dan China sebagai pemerhati, memainkan peranan penting dalam meredakan ketegangan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Atase Pertahanan Malaysia
#konflik Thailand-Kemboja
#Samsul Rizal Musa
#gencatan senjata
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan