KUALA LUMPUR: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 42 pendatang tanpa izin warga Filipina dengan menggunakan dua bot di perairan Semporna, Sabah, semalam.
Komander ATB 2 Brig Jen Abdul Karim Ahmad berkata hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot itu membawa 14 lelaki, 10 wanita, 10 kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan tanpa sebarang dokumen sah.
Beliau berkata terdahulu, pihaknya telah mengesan tiga bot dari Pulau Sitangkai, Filipina menuju ke Bangau-Bangau, Semporna melalui pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia, TRILAT 01.
TRILAT 01 kemudian melaporkan pengesanan tiga bot itu kepada Pusat Kawalan Maritim ( (Malaysia MCC) untuk tindakan lanjut.
"Kapal Diraja Baung yang berada berhampiran lokasi kejadian turut dihubungi oleh TRILAT 01 dan Pusat Operasi Wilayah Bersama ATB 2 (POWB ATB 2) untuk memantau ketiga-tiga bot itu.
"Malaysia MCC seterusnya berhubung terus kepada POWB ATB 2 untuk memohon bantuan bot pemintas namun sebuah bot berjaya meloloskan diri apabila menyedari kehadiran Tim QRF (Pasukan Tindak Cepat)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Karim berkata hasil pemeriksaan juga mendapati barangan yang ditemukan daripada warga Filipina itu hanyalah barangan persendirian dan tiada penemuan barangan berbahaya.
"Kedua-dua bot itu bagaimanapun telah diusir keluar dari perairan Sabah. Susulan itu, Fast Interceptor Craft bersama Tim Pasukan Khas Laut di Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah telah digerakkan ke perairan Pulau Pom Pom bagi mengesan sebuah bot yang berjaya meloloskan diri.
"Bot berkenaan berjaya meloloskan daripada pasukan keselamatan dan dijangkakan telah berpatah balik ke sempadan antarabangsa," katanya.
Menurutnya, operasi sedemikian akan diteruskan bagi memastikan sempadan negara selamat di dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan dan mengekang penularan wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021

Operasi sedemikian akan diteruskan bagi memastikan sempadan negara selamat di dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan. - Foto fail
Makmal forensik hidupan liar perangi jenayah alam sekitar
Penubuhan makmal forensik hidupan liar yang pertama di Sarawak diyakini akan mengukuhkan keupayaan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk memerangi aktiviti jenayah alam sekitar di wilayah itu.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR di Kampar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar.
Kaedah QR Code akan diperkenal bagi mempermudah urusan pembayaran zakat
Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, kaedah QR Code akan diperkenalkan bagi mempermudah urusan di antara amil dan pembayar zakat.
Penduduk Tanjung Embang diminta tidak ghairah jual tanah
ADUN Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta penduduk untuk tidak ghairah untuk menjual tanah yang ditawarkan dua kali ganda ketika ini kerana ia hanya akan menguntungkan golongan oportunis.
APMM Zon Maritim Tawau catat tangkapan tertinggi di Malaysia
APMM Zon Maritim Tawau melakukan 9,187 pemeriksaan, 108 tangkapan, kutipan kompaun rm2.5 juta, merekodkan tangkapan tertinggi di seluruh negara.
KIR miskin tegar Sabah 2024 turun 99.5 peratus berbanding 2023
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kejayaan sabah menurunkan jumlah ketua isi rumah (KIR) miskin tegar sehingga 99.5 peratus berbanding tahun sebelumnya adalah hasil kerjasama semua pihak, termasuk agensi kerajaan negeri dan persekutuan.
Mayat remaja hilang di Tanjung Semawang ditemukan di Tanjung Pisau
Mayat remaja yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap udang di laut bersama beberapa rakannya Sabtu lalu akhirnya ditemui pagi tadi berdekatan dengan rumahnya, di tepi pantai Tanjung Pisau, Sandakan, kira-kira 13 batu nautika dari lokasi kejadian di Tanjung Semawang.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Hampir separuh pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kehilangan pekerjaan
Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan golongan berkenaan, terutama yang bergantung kepada rawatan dialisis jangka panjang.

Pengguna China belanjakan AS$70 juta untuk udang kara Vietnam pada Januari
Jumlah eksport akuatik Vietnam pada bulan itu mencapai AS$774 juta, meningkat 3 peratus tahun ke tahun.

Aktiviti seludup e-sisa, skrap dilakukan menerusi pengikraran palsu - Kastam
Taktik itu dikesan JKDM membuat pemeriksaan ke atas 336 kontena disyaki mengandungi e-sisa dalam Operasi Khas e-waste di Pelabuhan Klang.

MAQIS Kedah gagalkan cubaan bawa masuk babi, ayam, ikan sejuk beku tanpa permit
Pemeriksaan mendapati hasilan produk babi, ayam dan ikan sejuk beku tersebut tiada permit, sijil kesihatan dan dokumen sah daripada MAQIS.

PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.

Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Rampasan itu dilakukan selepas anggota PGA menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.

PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Ejen sindiket seludup migran ditahan cuba sogok polis RM50,000
Seramai 16 pendatang tanpa izin warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak turut ditahan dalam operasi berkenaan.

Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir
PGA turut menahan dua lelaki berusia 38 dan 40 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan terbabit.

MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.

KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.