awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATB 2 patahkan cubaan seludup rokok di Tawau

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2022
02:50 MYT
ATB 2 patahkan cubaan seludup rokok di Tawau
Antara rokok yang berjaya dirampas di Kampung Sri Aman Tawau. - Foto Sinar Harian
TAWAU: Pasukan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) berjaya mematahkan cubaan sindiket menyeludup masuk 3,420 karton rokok tidak bercukai ketika rondaan Op Benteng Bersama dilakukan di Kampung Sri Aman, di sini, pada Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, rokok yang dianggarkan bernilai RM410,200 itu turut berjaya dirampas.
Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, rampasan itu hasil daripada tindakan pantas Tim Quick Reaction Force (QRF) yang membuat tinjauan dan pengesanan terhadap dua van jenis Toyata Hiace yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit.
"Tim QRF bertindak mendekati dan membuat pemeriksaan awal terhadap kedua-dua van itu dan didapati digunakan untuk tujuan membawa rokok seludup dari Indonesia ke Tawau namun telah ditinggalkan setelah menyedari kehadiran Tim QRF di kawasan tersebut.
"MK ATB 2 percaya kegiatan ini turut melibatkan sindiket warga tempatan dan asing bagi tujuan perniagaan rokok seludup di pasaran gelap sekitar Tawau," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya lagi, barangan rampasan termasuk van diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakn selanjutnya.
Sebelum itu, Abdul Karim berkata, kerjasama erat antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada ditahap yang terbaik dalam usaha menjamin keselamatan dan kemakmuran perairan pantai timur Sabah.
"Kejayaan ini membuktikan sempadan perairan pantai timur Sabah sentiasa diawasi ketat setiap masa oleh pasukan keselamatan sekali gus membuktikan fungsi dan peranan pasukan keselamatan dalam menjamin keselamatan negara," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Rokok putih
#Op Benteng Bersama
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan