awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATB2 patahkan cubaan seludup keluar 70,000 liter diesel ke Filipina

Petrus Bernard
Petrus Bernard
06/03/2022
10:41 MYT
ATB2 patahkan cubaan seludup keluar 70,000 liter diesel ke Filipina
Pemeriksaan awal mendapati terdapat lima lelaki berumur antara 31 hingga 54 tahun merupakan rakyat Malaysia di atas kapal tersebut.
TAWAU: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) mematahkan cubaan menyeludup keluar 70,000 liter minyak diesel bernilai RM150,500 ke Filipina, petang Sabtu.
Rampasan yang dilakukan melalui Op Pasir Sektor Selatan itu dilakukan pada jam 2.30 petang selepas radar Coastal Surveillance System (CSS) mengesan sebuah kapal kargo yang mencurigakan sedang bergerak ke arah sempadan perairan negara di Pulau Bohayen Semporna.
Komander ATB2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata susulan pengesanan itu Pusat Operasi WIlayah Bersama (POWB) memaklumkan pasukan Quick Reaction Force(QRF) untuk memintas kapal tersebut.
Katanya, sebaik sahaja ditahan, kapal kargo tersebut seterusnya diiring ke Jeti Azumi untuk pemeriksaan terperinci.
"Pemeriksaan awal mendapati terdapat lima lelaki berumur antara 31 hingga 54 tahun merupakan rakyat Malaysia di atas kapal tersebut.
"Pemeriksaan lanjut menemukan 70,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM150,500 yang disimpan di tangki bawah kapal dipercayai hendak diseludup ke negara jiran," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Kesemua lelaki yang ditahan dibawa ke Hospital Semporna bagi menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan lanjut.
Nilai barang rampasan termasuk minyak Diesel 70,000 liter dan kapal kargo dianggarkan berjumlah RM650,500.
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tugas Bersama
#Cubaan seludup diesel
#perairan semporna
#seludup Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan