Atlas tawar simpanan data dalam DNA, mampu bertahan ribuan tahun

Data dimasukkan ke dalam rantaian gen DNA sebelum diubah menjadi serbuk, membolehkan data disimpan hingga ribuan tahun tanpa perlu alat khas untuk dibaca. -Foto Amanz
MEDIUM simpanan data masing-masing mempunyai tarikh luput. Cakera padat, misalnya, hanya bertahan beberapa dekad sebelum lapisan mula tercabut.
Ringkasan AI
- Storan data dalam medium konvensional mempunyai tarikh luput, contohnya cakera padat hanya bertahan beberapa dekad sebelum data hilang. Storan pita magnet pula mampu bertahan sehingga 50 tahun sebelum data lenyap tanpa medium yang tahan lama.
- Atlas Data Storage, syarikat Amerika Syarikat, kini menyediakan penyimpanan data dalam DNA melalui produk pertama iaitu Atlas Eon 100. Data dimasukkan ke dalam rantaian gen DNA sebelum diubah menjadi serbuk, membolehkan data disimpan hingga ribuan tahun tanpa perlu alat khas untuk dibaca.
- Keupayaan DNA untuk penyimpanan data jangka panjang ini membezakan teknologi baru ini daripada teknologi penyimpanan semasa yang memerlukan alat khusus untuk pengambilan semula data, namun Atlas belum mendedahkan saiz storan yang ditawarkan atau kos perkhidmatan yang diberikan.
Produk pertama mereka ialah Atlas Eon 100, dengan data dimasukkan terus ke dalam rantaian gen DNA sebelum dinyahhidratkan ke bentuk serbuk.
Menurut Atlas, kaedah ini membolehkan data disimpan sehingga ribuan tahun, sama seperti bagaimana saintis membaca DNA haiwan purba hari ini.
Mereka menjelaskan, kerana DNA diperlukan untuk tujuan perubatan, data yang disimpan masih boleh dibaca oleh saintis beribu-ribu tahun pada masa hadapan tanpa memerlukan perkakasan khas.
Ini berbeza dengan teknologi penyimpanan semasa yang memerlukan alat khusus untuk membacanya semula.
Atlas belum mendedahkan saiz storan yang ditawarkan atau kos perkhidmatan ini. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tempoh ketahanan data bagi cakera padat sebagai medium simpanan? A: Cakera padat hanya bertahan beberapa dekad sebelum lapisan mula tercabut.
- Q: Berapa tempoh ketahanan data bagi storan dalam bentuk pita magnet? A: Storan dalam bentuk pita magnet bertahan sehingga 50 tahun sebelum data hilang.
- Q: Bagaimanakah teknologi penyimpanan data dalam DNA oleh Atlas berbeza daripada teknologi penyimpanan semasa? A: Teknologi penyimpanan data dalam DNA oleh Atlas membolehkan data disimpan sehingga ribuan tahun tanpa memerlukan alat khas untuk dibaca semula, berbeza dengan teknologi semasa.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

