KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memperluaskan Zon Pengurusan Bencana (DMZ) di seluruh Hospital Angkatan Tentera (HAT) bagi menampung keperluan rawatan pesakit COVID-19 yang semakin meningkat.
Ketua Pengarah Perkhidmatan ATM Lt Jen Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh ketika meninjau operasi DMZ di HAT Tuanku Mizan, di Wangsa Maju, di sini, berkata konsep zon itu sesuai dilaksanakan di semua HAT di seluruh negara terutamanya dalam menangani pandemik dan bencana.
Sementara itu, Pegawai Memerintah HAT Tuanku Mizan Brig Jen Datuk Dr Rosman Ab Rahman berkata perkhidmatan di DMZ ini tidak terhad kepada pesara dan anggota ATM sahaja malah mula menerima kesemua pesakit awam khususnya di Lembah Klang.
"Kami menerima mana-mana pesakit COVID-19 yang dirujuk dari Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dan mana-mana hospital awam yang berdekatan untuk dirawat.
"Kami mempunyai lima pakar perubatan, masing-masing satu pakar bius dan pakar kecemasan serta sembilan pegawai perubatan yang dibantu 12 jururawat dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan 82 staf ATM," katanya.
Mengenai jumlah katil, Dr Rosman berkata kapasiti asal katil di DMZ HAT Tuanku Mizan adalah sebanyak 50 katil tetapi telah ditambah kepada 150 katil lagi khusus untuk pesakit yang memerlukan rawatan bekalan oksigen.
Ketika ini seramai 84 pesakit COVID-19 sedang dirawat di DMZ HAT Tuanku Mizan iaitu di Unit Rawatan Rapi seramai enam pesakit, 48 pesakit kategori 4 manakala 30 pesakit kategori 3.
Pada 9 Julai lepas, ATM menyediakan DMZ HAT Tuanku Mizan bagi menampung keperluan rawatan pesakit COVID-19 kategori empat dan lima yang semakin meningkat.
DMZ berkenaan ditempatkan di kawasan parkir bawah tanah HAT yang telah digazetkan sebagai DMZ dan direka khas semasa awal pembinaan hospital berkenaan bagi menghadapi kes-kes bencana kimia dan biologi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021
Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh (tengah) pada tinjauan pengoperasian DMZ di HAT Tuanku Mizan, hari ini. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.