Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus menyumbang satu batalion infantri untuk penghantaran segera bagi membantu misi pengaman dan pembinaan keupayaan melalui latihan di Pusat Pengaman Malaysia (MPC).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau telah mengarahkan infantri batalion tambahan dan unit kejuruteraan yang dicadangkan itu supaya bersiap sedia menerima latihan daripada Markas Angkatan Bersama untuk penghantaran misi pengaman.
"Penghantaran tambahan tentera ATM kita adalah tanda komitmen Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), untuk membantu negara-negara yang dilanda konflik, untuk mewujudkan keadaan bagi keamanan berkekalan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hishammuddin berkata kementeriannya dan ATM komited sepenuhnya kepada sokongan kerajaan terhadap objektif Sidang Kemuncak PBB bagi memperkukuhkan operasi pasukan pengaman PBB.
Baru-baru ini, Malaysia berjanji untuk menghantar 380 pegawai dan anggota polis untuk misi pasukan pengaman PBB.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat ikrar itu ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pengaman PBB di New York pada Isnin.
Hishammuddin berkata MPC di Port Dickson menyediakan anggota ATM, bersama-sama dengan pihak polis dan jabatan-jabatan awam serta badan bukan kerajaan dengan latihan dan pengetahuan bagi membolehkan mereka berfungsi dalam operasi pengaman, sekali gus menyediakan mereka bagi tugas-tugas operasi dalam operasi pengaman.
"Pusat yang telah melatih 1,931 pegawai-pegawai tempatan dan 612 peserta antarabangsa dari 52 negara adalah bukti komitmen Malaysia yang berterusan ke arah keamanan sejagat yang merupakan asas kepada Dasar Pertahanan Negara kita.
"Oleh kerana kepakaran yang dibawa dari Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP) dan kerjasama rapat antara UNDP dan rakan-rakannya, MPC telah mengukuhkan peranannya sebagai pusat latihan pengaman antarabangsa dan membolehkan Malaysia memainkan peranan yang semakin penting dalam menyokong inisiatif PBB di peringkat serantau dan global.
"Sebagai Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) tahun ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa usaha kami menerima pakai dengan berkesan kertas konsep mengenai Kumpulan Tentera ASEAN Yang Bersiap Sedia mengenai Bantuan Kemanusiaan dan Bencana dalam ADMM ke-9 telah menerima pengiktirafan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sidang Kemuncak Pengaman PBB baru-baru ini," katanya.
Tambahnya Kumpulan Bersedia itu akan bertindak sebagai pasukan khusus yang terdiri daripada pakar dalam bantuan bencana dan perubatan ketenteraan dari semua negara ASEAN untuk dikumpulkan di bawah satu panji.
Pasukan ini akan dilatih bersama-sama, membangunkan prosedur bersama dan operasi saling kendali di bawah platform ADMM sedia ada Hishammuddin berkata sekiranya berlaku bencana, atas permintaan negara tuan rumah, pasukan ini akan segera dihantar, mengambil peranan utama daripada sebuah
pusat penyelarasan.
Oleh itu, beliau berkata Kumpulan Bersedia ASEAN akan mempunyai pelepasan diplomatik yang ditetapkan khas untuk kemasukan, talian khas komunikasi dan sumber manusia dan peralatan kepakaran khas yang dikenal pasti terlebih dahulu bagi memenuhi pelbagai keperluan dalam bencana tertentu.
"ATM telah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar diplomasi pertahanan asing. Ia telah mendapatkan penglibatan dua hala dan pelbagai hala dalam aspek yang berbeza seperti latihan, penyertaan dalam pasukan pengaman PBB dan juga operasi kemanusiaan dan bantuan bencana," katanya.
Hishammuddin berkata kejayaan usaha ATM bukan sahaja meningkatkan profil Malaysia tetapi mengukuhkan lagi hubungan yang telah lama terjalin antara ATM dan rakan sejawatannya baik di peringkat serantau dan global.
"Ia adalah strategik penting yang sangat mustahak bagi Malaysia untuk menjadi anggota masyarakat global yang bertanggunjawab serta aktif dan penting bagi menyatakan bahawa Tentera Malaysia kita telah menerima pujian atas hasil kerja mereka daripada PBB, NATO, OIC dan negara-negara lain, dan kami berasa amat berbangga dengan perkhidmatan mereka demi kebaikan untuk orang lain,"
katanya.
Pada masa ini, 920 anggota ATM yang terlibat dalam beberapa misi di luar negara dengan pasukan pengaman Malaysia mengambil bahagian dalam misi PBB di Lebanon, sebagai pemerhati PBB di Republik Demokratik Congo, Sahara Barat, Liberia, Darfur & Abyei, di bawah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan dan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Mindanao.
Bernama
Mon Oct 05 2015
HISHAMMUDDIN: Penghantaran tambahan tentera ATM kita adalah tanda komitmen Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). -Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.