awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM nafi keluar produk guna nama 'Operasi Penawar', logo ATM-PDRM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/04/2020
02:06 MYT
ATM nafi keluar produk guna nama 'Operasi Penawar', logo ATM-PDRM
Antara produk yang menggunakan nama operasi dan logo ATM dan PDRM yang dikesan di dalam talian.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan mengeluarkan beberapa produk termasuk penutup hidung dan mulut dengan tulisan 'Operasi Penawar' lengkap dengan logo pasukan keselamatan untuk dijual kepada orang awam.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya mengesan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menjual produk berkenaan yang memaparkan logo ATM serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara dalam talian.
"ATM tidak mengeluarkan produk baju dan topeng muka (penutup hidung dan mulut) memaparkan nama 'Operasi Penawar' serta mengguna pakai logo ATM-PDRM yang dijual melalui laman jualan dalam talian dan media sosial.
"Ditegaskan, mana-mana pihak tidak boleh mengeluarkan, menjual, membeli dan menggunakan sebarang produk yang memaparkan nama 'Operasi Penawar' dan logo ATM-PDRM tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Affendi berkata, pihak terbabit cuba mengambil kesempatan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah produk tersebut boleh disalah guna oleh individu atau pihak tertentu untuk mengelirukan orang awam.
"Pada masa sama, ia mencemarkan nama baik dan peranan kedua-dua pasukan keselamatan ini yang tidak berteraskan sebarang keuntungan perniagaan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Affendi Buang
#agensi keselamatan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#ATM-PDRM
#baju
#dalam talian
#Operasi Penawar
#Panglima ATM
#perintah kawalan pergerakan
#produk
#topeng muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan