MALAYSIA
ATM rujuk kes anggota TUDM hilang ke Lembaga Siasatan
Muhammad Ammar (gambar) dilaporkan hilang selepas menyertai Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan di INSMAT TUDM Bandar Kinrara bulan lalu. - Foto polis
SHAH ALAM: Kes kehilangan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak 24 Ogos lalu sebelum ditemui selamat di Ampang akan dirujuk kepada Lembaga Siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Nizam Jaafar berkata, prosedur operasi standard (SOP) telah sedia ada dan kes terbabit tidak terkecuali.
“Siasatan akan dijalankan ATM dari setiap sudut sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Sebelum itu, media melaporkan anggota terbabit iaitu Laskar Udara Kanan Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, dilaporkan hilang selepas menyertai Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan di Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT) TUDM Bandar Kinrara, dan dibenarkan pulang bersama peserta lain pada 22 Ogos lalu.
Semua peserta kursus diarahkan melapor diri semula pada 25 Ogos, namun beliau gagal berbuat demikian sebelum satu laporan polis dibuat oleh pegawai penyelia kursus pada hari sama.
Berdasarkan siasatan polis sebelum ini, Muhammad Ammar yang bertugas di Pangkalan Udara Subang dekat sini, kali terakhir dilihat berada di Sungai Kedondong pada 23 Ogos kira-kira jam 4.30 petang.
Difahamkan, anggota terbabit bertindak sedemikian kerana dikatakan takut selepas terbabit dalam kemalangan kecil dengan kenderaan seorang pegawai tentera di Subang pada malam 22 Ogos.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad dilaporkan berkata, Muhammad Ammar ditemui kira-kira jam 1 petang, Rabu, di unit kondominium milik teman wanitanya di Ampang oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang menjalankan pemeriksaan di lokasi berkenaan berdasarkan maklumat yang diterima.
Tiada sebarang unsur jenayah ditemui berhubung kehilangan anggota terbabit serta tiada kesan kecederaan pada badannya. - Sinar Harian

#Panglima Angkatan Tentera
#Anggota TUDM hilang
#Muhammad Ammar Mohd Ariffin
#sembunyi di kondominium teman wanita