MELAKA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengaktifkan Zon Pengurusan Bencana (DMZ) di semua Hospital Angkatan Tentera (HAT) di seluruh negara pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh berkata, kesiapsiagaan ini telah lama dilakukan dan ditambah baik terutama ketika berlakunya peningkatan kes COVID-19 secara mendadak pada masa ini.
Bagaimanapun katanya, situasi kini dikendalikan dengan lebih baik berbanding ketika awal berlakunya pandemik berikutan vaksinasi COVID-19 dalam kalangan rakyat semakin tinggi serta pengambilan suntikan dos penggalak.
"Kita memang sudah aktifkan DMZ namun apabila kes reda, pasukan DMZ kembali berfungsi kepada rutin biasa. Bagaimanapun, kita akan aktifkan pada bila-bila masa kerana semuanya sudah bersiap siaga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi lawatan daripada delegasi Bilateral Training and Consultative Group (BITAGG) yang melibatkan ATM dan United State Indo-Pasific Command (USIDOPACOM) yang diketuai oleh Commanding Surgeon General Rear Admiral Pamela Miller.
Mengulas mengenai kesiapsiagaan pasukan perubatan ATM bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM), Zulkeffeli berkata sekiranya peningkatan kes COVID-19 terlalu mendadak sehingga mengakibatkan kemasukan pesakit ke hospital terutama Unit Rawatan Rapi (ICU) semakin tinggi, Perkhidmatan Kesihatan ATM (PKATM) akan diaturgerakkan bagi memberi sokongan.
"Sekiranya berlaku peningkatan kes, sudah tentu ATM melalui Perkhidmatan Kesihatan akan diaturgerakkan, dan pada peringkat awal lagi kita sudah dimaklumkan kemungkinan besar berlaku peningkatan kes yang akan menjejaskan atau menyebabkan kekurangan dalam perkhidmatan kesihatan awam," katanya.
Jelas beliau, buat masa ini semua Hospital Medan ATM ditutup dengan tempoh operasi paling panjang membabitkan hospital tersebut adalah di Kepala Batas, Pulau Pinang dengan lebih daripada 200 hari.
"Memandangkan kes semakin menurun dan keperluan pesakit di ICU juga berkurang, pasukan kembali menjalani latihan seperti biasa di penempatan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Lt Jen Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh berkata, kesiapsiagaan telah lama dilakukan dan ditambah baik terutama ketika berlakunya peningkatan kes COVID-19 secara mendadak pada masa ini. - Bernama
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.