awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM yakin Mesyuarat GBC Thailand-Kemboja capai penyelesaian positif

Seth Akmal
Seth Akmal
04/08/2025
13:23 MYT
ATM yakin Mesyuarat GBC Thailand-Kemboja capai penyelesaian positif
Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata, kedua-dua negara menunjukkan komitmen tinggi untuk menamatkan ketegangan. Foto Kementerian Pertahanan Malaysia. - FB Angkatan Tentera Malaysia
KUALA LUMPUR : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) optimis Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) antara Thailand dan Kemboja yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur bakal mencapai penyelesaian positif.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata, kedua-dua negara menunjukkan komitmen tinggi untuk menamatkan ketegangan dan memastikan keamanan jangka panjang di kawasan konflik sempadan yang tercetus sejak Mei lalu.
“Sekiranya semua berjalan (lancar), kita akan mendapat satu kata putus yang amat positif pada 7 haribulan kelak,” katanya kepada media selepas mesyuarat peringkat sekretariat di sini, hari ini.
7 Ogos merupakan hari terakhir mesyuarat GBC dan kedua-dua pihak dijangka akan mencapai kata putus mengenai konflik yang bermula pada 28 Mei lalu.
Mesyuarat tersebut melibatkan Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Seiha serta Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Natthaphon Narkphanit di mana Malaysia, China dan Amerika Syarikat bertindak sebagai pemerhati.
Kini mesyuarat di peringkat sekretariat berlangsung dari 4 hingga 6 Ogos 2025 di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur dengan Malaysia bertindak sebagai fasilitator, bukan pihak utama rundingan.
Delegasi Thailand diketuai oleh Lt Jen Nuttapong Praokaew manakala Kemboja diwakili Mejar Jen Sin Sokha di mana kedua-dua pihak tiba di Malaysia pada 3 Ogos.
Mohd Nizam berkata GBC kali ini diadakan di Kuala Lumpur atas permintaan Thailand, selepas lokasi asal di Phnom Penh ditukar dengan persetujuan bersama oleh Kemboja selaku pengerusi.
Tambahnya, 54 wakil daripada Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera dari kedua-dua pihak hadir pada mesyuarat kali ini.
Mohd Nizam berkata perbincangan itu turut membabitkan terma rujukan (TOR) mengenai penubuhan Pasukan Pemerhati Atase Pertahanan ASEAN (AMT).
Menurutnya, AMT berperanan memastikan Thailand dan Kemboja mematuhi gencatan senjata yang dipersetujui pemimpin kedua-dua negara di Seri Perdana pada 28 Julai lepas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Kemboja
#konflik sempadan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan