Audio bohong, tiada anggota polis mati di Sabah sebab vaksin - Hazani

Radhi Muslim
Mei 31, 2021 00:37 MYT
HAZANI: Ini bohong, tiada lagi polis mati pasal vaksinlah. -Gambar fail
SANDAKAN: "Itu audio pembohong dan perkara itu tidak benar."
Itu jawapan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berhubung isu audio kononnya ada anggota polis di Sandakan yang meninggal dunia selepas divaksin.
Katanya, pihaknya sudah menerima makluman berhubung penularan audio itu.
Tindakan lanjut akan diambil ke atas pelaku menyebarkan maklumat palsu berkenaan.
“Ini bohong, tiada lagi polis mati pasal vaksinlah.
"Satu orang sahaja mati pasal COVID-19 di Sandakan, lain tiada.
“Saya sudah minta pegawai buat laporan. Kita akan siasat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI, pada Ahad malam.
Pada Ahad, tular satu rakaman audio di media sosial kononnya lima anggota polis telah meninggal dunia selepas divaksin.
#Sandakan #Hazani Ghazali #anggota polis maut ambil vaksin #pesuruhjaya polis #COVID-19 #media sosial