TIGA tahun lalu Spotify HiFi diumumkan dengan ia akan menawarkan penstriman audio nirhilang pada kadar bit lebih tinggi.

Ia ditangguh selepas Apple Music menawarkan perkhidmatan audio nirhilang mereka tanpa bayaran tambahan.

Di Reddit, pengguna Hypixely menemukan barisan kod yang menunjukkan mungkin Spotify HiFi akan dijenamakan semula sebagai Music Pro.



Kod menunjukkan pilihan audio 16-bit dan 24 bit FLAC yang boleh distrim kelak.

Kewujudan kod ini mungkin adalah petanda bahawa penstriman audio nirhilang akan akhirnya tiba selepas tertangguh untuk tempoh yang agak lama.

Kod turut mengatakan Music Pro ialah add-on kepada pelan Premium. Besar kemungkinan sedikit bayaran tambahan perlu dilakukan untuk menikmati Music Pro.

Yang kami boleh katakan ialah untuk mendengar audio nirhilang anda memerlukan kelengkapan audio yang premium.

Sepasang TWS murahan tidak mampu memberikan pengalaman audio fideliti tinggi sebenar. -Amanz