MALAYSIA
Audit penyata kewangan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tertangguh 18 tahun
Kulasegaran berkata ketika ini, LPQB sedang menyediakan penyata kewangan bagi 2013 hingga 2025 secara berperingkat untuk dikemukakan kepada jabatan itu selepas diluluskan oleh LPQB. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara (JAN) hari ini memulakan proses pengauditan penyata kewangan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (LPQB) bagi 2008 hingga 2012 selepas tertangguh selama 18 tahun.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata ketika ini, LPQB sedang menyediakan penyata kewangan bagi 2013 hingga 2025 secara berperingkat untuk dikemukakan kepada jabatan itu selepas diluluskan oleh LPQB.
"Berdasarkan input diterima daripada JAN, pengauditan terhadap penyata kewangan Lembaga Kelayakan (LPQB) dijangka dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan di Parlimen pada 2027," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh) yang ingin tahu status audit akaun LPQB dari 2007 hingga 2025 dan bila laporan itu akan dibentangkan di Parlimen.
Kulasegaran berkata pada 21 Okt 2025, JAN telah mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan LPQB bagi tujuan pengauditan penyata kewangan, sebelum lembaga itu meluluskan penyata bagi 2008 hingga 2012 pada 29 Okt tahun lepas.
Beliau berkata penyata kewangan itu kemudiannya dikemukakan kepada JAN pada 30 Okt 2025 berdasarkan Malaysian Financial Reporting Standards, namun diarahkan supaya disediakan semula mengikut format penyata kewangan badan berkanun.
"Justeru, LPQB telah mengambil tindakan untuk menyediakan penyata kewangan tersebut mengikut format sebagaimana dikehendaki oleh JAN dan telah mengemukakan penyata kewangan bagi 2008 hingga 2012 kepada JAN pada 16 Jan 2026," katanya.
Sementara itu, Kulasegaran berkata kelewatan audit itu dikenal pasti selepas beberapa teguran dibuat di Dewan Rakyat dan pindaan undang-undang juga dibuat pada 2024 bagi membolehkan penambahbaikan dilaksanakan.
"... kemungkinan tindakan susulan boleh diambil dari segi peraturan-peraturan sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Kok yang mempersoalkan punca kelewatan audit selama 18 tahun serta kemungkinan tindakan terhadap pegawai LPQB yang cuai sehingga akaun lembaga itu tidak diaudit.
Menjawab soalan tambahan Abdul Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang mempersoalkan mengapa LPQB masih dibenarkan beroperasi dan mengutip yuran walaupun akaun belum diaudit, Kulasegaran berkata kerajaan memilih pendekatan penambahbaikan berbanding membubarkan lembaga itu.
"Pada prima facienya, tidak ada salah guna atau penyalahgunaan kuasa dalam kewangan ini," katanya sambil menegaskan Ketua Audit Negara akan menjalankan audit secara menyeluruh bagi memastikan ketelusan kepada orang awam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jabatan Audit Negara (JAN) memulakan proses pengauditan penyata kewangan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (LPQB) bagi tahun 2008 hingga 2012 selepas tertangguh selama 18 tahun.
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, M. Kulasegaran, menyatakan pengauditan penyata kewangan LPQB dijangka dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara pada 2027, selepas sebelum ini diterima input daripada JAN.
- Kelewatan audit LPQB selama 18 tahun dikenal pasti selepas beberapa teguran di Dewan Rakyat, dengan pindaan undang-undang dilaksanakan pada 2024, namun tindakan susulan mungkin diambil berdasarkan peraturan sedia ada.