KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia untuk terus mengukuhkan kerjasama lebih aktif dengan Indonesia dan negara-negara jiran serantau susulan penubuhan pakatan keselamatan strategik baharu melibatkan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, yang juga dikenali dengan singkatan AUKUS.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerjasama itu bagi mempromosi dan mempertahankan rantau ini sebagai rantau yang aman, stabil serta berkembang dan makmur, selaras dengan aspirasi Pandangan ASEAN tentang Indo-Pasifik (AOIP).
"Seperti Indonesia, Malaysia juga berasa bimbang dengan penubuhan AUKUS yang berpotensi menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai medan persengketaan dan perlumbaan senjata, terutamanya senjata nuklear," katanya pada sidang media selepas pertemuan dua halanya dengan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi di Jakarta pada Isnin.
Saifuddin berada dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Jakarta bermula semalam, yang merupakan lawatan rasmi pertamanya sejak dilantik semula sebagai Menteri Luar pada 30 Ogos lepas.
Mengenai Myanmar, Saifuddin menyatakan sokongan penuh Malaysia ke atas Konsensus Lima Perkara yang dicapai dalam Mesyuarat Pemimpin ASEAN mengenai Myanmar dan menyeru pelaksanaannya dengan segera.
"Berkemungkinan ketidakstabilan Myanmar akan terus memberi impak negatif kepada negara lain dan berpotensi untuk menjejaskan keamanan dan kestabilan di rantau ini," katanya.
Berhubung situasi di Laut China Selatan, Saifuddin berkata Malaysia berpandangan bahawa isu tuntutan maritim di perairan itu dan penyelesaiannya hendaklah dibuat secara aman berdasarkan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuklah UNCLOS 1982.
"Semua pihak perlu mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan dan bersifat provokatif serta juga mengelak tindakan ketenteraan," katanya.
Mengenai pembatasan sempadan maritim dengan Indonesia, katanya, Malaysia terus komited dalam usaha mencapai persefahaman dan penyelesaian menang-menang terhadap isu itu, yang menurutnyaperlu mengambil kira formula penyelesaian yang boleh diterima secara keseluruhan oleh kedua-dua belah pihak.
"Malaysia juga akan terus menghormati perjanjian sedia ada berhubung persempadan maritim antara kedua-dua negara supaya tidak wujud sebarang percanggahan kelak," katanya.
Malaysia turut bersedia memuktamadkan segmen di Selat Melaka, selain berpandangan segmen di Laut Wilayah Sulawesi boleh dicapai sekiranya rundingan pembatasan sempadan maritim diteruskan.
"Dalam hal ini, Malaysia percaya kedua-dua negara boleh mencapai persefahaman untuk memuktamadkan kedua-dua segmen itu," kata Saifuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
Saifuddin berkata kerjasama itu bagi mempromosi dan mempertahankan rantau ini sebagai rantau yang aman, stabil serta berkembang dan makmur, selaras dengan aspirasi Pandangan ASEAN tentang Indo-Pasifik (AOIP). - Gambar fail
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Pembangunan lapan kapal selam Australia tidak dilengkapkan senjata nuklear
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia selaras dengan komitmen Australia di bawah perjanjian berkaitan senjata nuklear.
Isu AUKUS, kesihatan mental anggota polis antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu berkaitan kesan pembentukan kerjasama AUKUS dan isu kesihatan mental dalam kalangan anggota polis antara tumpuan hari ini.
AUKUS: Malaysia kekal dengan pendirian, minta semua pihak menghormatinya
Pendirian Malaysia mengenai perkongsian keselamatan tiga negara yang dikenali AUKUS tidak berubah dan meminta semua pihak menghormati pendirian serta pendekatan Malaysia.
AUKUS mula terbentuk dengan program kapal selam nuklear Australia, kekal bebas senjata nuklear
Butiran terbaharu mengenai AUKUS muncul pada Isnin apabila Presiden AS Joe Biden, dan masing-masing Perdana Menteri UK dan Australia - Rishi Sunak dan Anthony Albanese - bertemu di California.
PM suarakan kebimbangan terhadap AUKUS pada sidang EAS
Malaysia sekali mengulangi pendiriannya yang bimbang terhadap kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat atau AUKUS pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) pada Rabu.
AUKUS: Keanggotaan Australia, UK dalam FPDA tidak pengaruhi pendirian Malaysia - Hishammuddin
Pendirian Malaysia jelas bahawa kehadiran AUKUS di Laut China Selatan boleh menimbulkan ketegangan dan menggugat kestabilan di rantau ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AUKUS: Malaysia sedia kukuh kerjasama dengan Indonesia, negara serantau
Malaysia bersedia untuk terus mengukuhkan kerjasama lebih aktif dengan Indonesia dan negara-negara jiran serantau susulan penubuhan pakatan keselamatan strategik baharu AUKUS.
[KOLUMNIS] AUKUS dan Malaysia: Bagai tidur di atas miang
Adakah rantau ini perlu sebuah lagi negara untuk membangunkan kapal selam bertenaga nuklear bagi membawa keamanan di rantau Asia Tenggara ini yang sememangnya tidak bergolak?
10 Menteri Pertahanan ASEAN bincang isu AUKUS bulan depan - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, solidariti negara ASEAN mampu memastikan rantau ini berhadapan dengan kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat.