KUALA LUMPUR: Andai dapat dihentikan masa, mungkin itu yang akan dilakukan hampir 3,000 peminat Cakra Khan pada Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Sabtu lepas.
Walaupun beraksi selama tiga jam mendendangkan lagu-lagu balada yang membuai perasaan dengan suara serak basahnya, namun masih tidak cukup buat peminatnya yang hadir pada malam itu.
Apatah lagi, dengan iringan orkestra di bawah pimpinan maestro muzik Datuk Ramli MS menjadikan konsert solo kedua penyanyi terkenal Indonesia itu lebih istimewa dan tidak keterlaluan jika dikatakan tiada ruang untuk penonton merasa bosan.
Memulakan konsert dengan tayangan video konsertnya yang berlangsung di dewan sama tahun lepas, Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman memohon doa dan restu peminatnya pada hujung video itu.
"Mohon doanya, minta restunya... Malaysia aku kembali," tulis Cakra pada video itu yang disambut sorakan dan tepukan gemuruh peminatnya.
Beraksi buat kali kedua di Dewan Plenari, Cakra dilihat lebih santai dan bersahaja ketika berinteraksi dengan peminatnya malah gelagatnya yang cuba berkomunikasi dalam slanga rakyat Malaysia mencuit hati penonton yang hadir.
Gelagatnya itu turut mencuri tumpuan Ramli apabila berulang kali menyuruh Cakra berkomunikasi dalam bahasa ibundanya.
"Buruk sangat bunyi cakap Kuala Lumpur, cakap sahaja bahasa Indonesia kami semua faham," usik Ramli dan Cakra membalas beliau hanya mencuba untuk rasa 'lebih dekat' dengan peminatnya.
Cakra juga berjaya mencuit emosi setiap yang hadir ketika menyampaikan lagu 'Rindu Tak Bersuara' yang didedikasikan untuk Allahyarham bapanya Hermana yang meninggal dunia pada 2020, serta lagu 'A Song For Mama' nyanyian Boys II Men yang didedikasikan khas buat ibunya Entik Trisuyatmi yang tidak dapat hadir pada konsert kali ini.
Kemunculan peminat setia yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) Jaheerah Nadzri bersama-sama bapanya Nadzri Abdul Majid di pentas sebagai kejutan untuk Cakra sekali lagi mencuri tumpuan penonton apabila Jaheerah atau Eerah turut membawa burger sebagai 'hadiah' kepada penyanyi kesayangannya itu.
Sebelum kehadiran Eerah di pentas, Cakra sempat berkongsi kisah Eerah membantu keluarga mencari rezeki dengan menjual burger bersama-sama bapanya yang pernah tular di media sosial menerusi tayangan video.
Ketabahan Eerah menurut Cakra telah memberi inspirasi dan membuka matanya supaya menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur.
Turut dikongsikan panggilan video antara mereka berdua dan Cakra sempat menyatakan hasrat untuk mengundang Eerah menyaksikan konsertnya, namun ditolak Eerah kerana sibuk berniaga.
Kemunculan Eerah jelas memberi kejutan dan menyentuh hati Cakra sebelum beliau mendendangkan lagu istimewa buat gadis itu bertajuk Jangan Mudah Putus Asa.
Selain itu, kehangatan konsert terus dirasai dengan kehadiran artis jemputan Dayang Nurhafizah, Datuk Seri Rossa dan Judika dengan masing-masing berduet bersama Cakra serta menyanyikan dua buah lagu.
Tidak ketinggalan segmen duet Cakra bersama anak saudara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah atau Umai mendendangkan lagu Seluruh Cinta yang dilakukan secara spontan.
Kehebatan vokal Cakra yang memiliki karakter tersendiri tidak dapat disangkal lagi apabila mendendangkan lebih 20 lagu termasuk medley dan berduet dengan kebanyakan lagu yang dipilih membolehkan penonton menyanyi bersama-sama.
Antara lagu yang didendangkan adalah Mencari Cinta Sejati, Setelah Kau Tiada, Salah Tapi Baik, Terlanjur Cinta, Hal Hebat, Kepada Hati, Rindu Tak Bersuara, Kekasih Bayangan dan Harus Terpisah.
Cakra juga tidak melepaskan peluang mendendangkan lagu-lagu dari album terbaharunya buat kali pertama untuk peminatnya iaitu Broken Symphony dan Kamu Adalah, selain turut menyanyikan lagu hits penyanyi dari Malaysia antaranya Malampagi, Mentera Semerah Padi dan Khayalan.
Konsert itu turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. Turut hadir beberapa selebriti tanah air antaranya Fazura, Isyariana, Merqeen dan Aisha Retno.
Ternyata persembahan tiga jam penyanyi yang bakal meraikan ulang tahun ke-32 pada 27 Feb ini tidak akan dilupakan dan akan sentiasa menjadi kenangan terindah buat penonton yang menghadirinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Cakra Khan menghiburkan peminat setianya pada Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 di Dewan Plenari, KLCC, Sabtu lepas. -- fotoBERNAMA
OIC kutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap sekolah UNRWA di Gaza
OIC mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan kejam Israel susulan serangan ke atas sebuah sekolah UNRWA yang menempatkan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Wanita hamil di Gaza hadapi peningkatan kes keguguran akibat tekanan, kekurangan makanan - Laporan
Doktor di satu-satunya wad bersalin yang masih berfungsi di Gaza mendedahkan bahawa mereka melihat peningkatan kes keguguran.
AWANI Ringkas: Pelantikan Fan Bingbing sebagai duta bawa impak positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [08/06/2024] – Perincikan siasatan tempoh reman | Pemeriksaan LLM, SPE | Manfaat 13,000 pelajar TVET | Ibu mahu Jojo bangkit
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Keterangan tidak konsisten, punca sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan
- Jambatan SPE selamat atau tidak? Kementerian tampil dengan pengesahan
- Cabaran TVET, PM gesa tingkatkan kemahiran, tambah peruntukan RM200 juta
- Kalah sekali, menang sembilan kali, Jojo mahu bangkit lagi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Keterangan tidak konsisten, punca sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan
- Jambatan SPE selamat atau tidak? Kementerian tampil dengan pengesahan
- Cabaran TVET, PM gesa tingkatkan kemahiran, tambah peruntukan RM200 juta
- Kalah sekali, menang sembilan kali, Jojo mahu bangkit lagi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan
Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang petang tadi.
JaPen jalin kerjasama strategik dengan MCMC, perkasa Komuniti MADANI
Ketua Pengarah JaPen Julina Johan berkata sehingga kini terdapat sebanyak 1,878 Komuniti MADANI di seluruh negara termasuk 135 di Kelantan.
Jawatankuasa khas dibentuk tangani isu pencemaran racun dalam sayur, buah di Pahang
Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Penggunaan Racun Makhluk Perosak susulan isu pencemaran racun serangga dalam sayur-sayuran dan buah-buahan di negeri itu.
Hampir semua lepasan MARA isi kekosongan industri
Hampir kesemua pelajar lepasan institusi pengajian MARA isi kekosongan dalam industri terutama menerusi TVET.
[INFOGRAFIK] Dasar TVET Negara 2030
Berikut adalah info berkenaan dengan Dasar TVET Negara 2030.
Aura Cakra Khan memukau penonton di konsert 'Live' KL
Walaupun beraksi selama tiga jam, Cakra Khan mendendangkan lagu-lagu balada yang membuai perasaan dengan suara serak basahnya.
AGT 2023: Impian Cakra Khan lebur
Impian penyanyi Cakra Khan ke peringkat seterusnya di America's Got Talent 2023 (AGT 2023) nampaknya tidak kesampaian.
'Nervous sekali!' - Beraksi di Asia Got Talent 2023, Cakra Khan tak hirau komen Simon Cowell
Berdepan dengan Simon buat kali pertama, Cakra memberitahu dia hanya mahu beri yang terbaik dalam persembahannya dan selebihnya terpulang kepada juri itu untuk menilai.
Simon Cowell suka suara Cakra Khan, tapi hentikan nyanyiannya di AGT
Cowell menghentikan persembahan Cakra Khan saat dia membawa lagu Make It Rain, milik Foy Vance pada 2009.
Ibu datang ke konsert besar pertama, momen paling berharga buat Cakra Khan
Penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Bayangan ini, dia cuba menahan emosi sepanjang konsert berlangsung apabila melihat sosok ibunya hadir ke konsert besar pertamanya tanpa arwah ayahnya.
'Bila saya patah balik, ayah dah meninggal dunia' - Cakra Khan
Cakra Khan sempat menjaga arwah ayahnya, Hermana yang dirawat di ICU sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat sakit strok.
Beli tiket konsert Rossa tapi...
Peminat tak senang duduk dengan kemunculan Cakra Khan dan Datuk Amy Search yang hadir di konsert Rossa 25 Shining Years.
Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan
Sebut sahaja mengenai Big Stage, sudah pasti anda akan ingat dengan frasa Budak Baru Nak Up atau BBNU.
"Lirik lagu adalah doa, itu prinsip saya" - Cakra Khan akan berhenti menyanyikan lagu sedih
Apapun jenis lagu suara tetap best!