awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia dan Malaysia memperingati ulang tahun ke-80 Op SEMUT di Bario

Bernama
Bernama
26/03/2025
03:00 MYT
Australia dan Malaysia memperingati ulang tahun ke-80 Op SEMUT di Bario
Inisiatif ini menjadi bukti kepada persahabatan yang berpanjangan antara kedua-dua negara, mengikut jejak generasi pelaut, askar dan juruterbang yang pernah hidup, berlatih dan berjuang bersama. - Foto X/Doug Sumner, Jnr
KUALA LUMPUR: Australia dan Malaysia memperingati ulang tahun ke-80 Operasi SEMUT dengan satu majlis di Bario, Sarawak pada Selasa (25 Mac), sebagai tanda penghormatan terhadap jalinan kerjasama pertahanan yang kukuh antara kedua-dua negara.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke berkata bahawa acara itu "memberikan peluang untuk merenung masa lalu, masa kini dan masa depan kerjasama pertahanan, sambil kami terus menyokong Malaysia serta kepentingan bersama dalam sebuah rantau yang terbuka, stabil dan makmur."
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Australia, hubungan pertahanan yang erat dan unik antara Malaysia dan Australia bermula ketika Unit Khas Z Australia mendarat di Bario menggunakan payung terjun untuk bergabung dengan masyarakat setempat pada penghujung Perang Dunia Kedua.
"Terima kasih kepada usaha mereka, kerjasama ini terus utuh, berlandaskan rasa hormat serta hubungan erat antara komuniti antara kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Selepas lapan dekad, Australia berbesar hati untuk menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia dalam lakonan semula operasi payung terjun oleh Unit Khas Z Australia sebagai sebahagian daripada Majlis Peringatan.
"Inisiatif ini menjadi bukti kepada persahabatan yang berpanjangan antara kedua-dua negara, mengikut jejak generasi pelaut, askar dan juruterbang yang pernah hidup, berlatih dan berjuang bersama," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Operasi SEMUT
#ulang tahun
#tanda penghormatan
#kerjasama pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan