MALAYSIA
Australia hargai peranan Malaysia teraju ASEAN, iktiraf Palestin di PBB - PM Anwar
Kunjungan hormat Richard Marles memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Australia, serta membuka ruang kerjasama strategik. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Australia mengalu-alukan peranan penting Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN termasuk dalam mengendalikan konflik Myanmar, usaha gencatan senjata Kemboja-Thailand serta proses kemasukan Timor-Leste sebagai anggota baharu blok serantau itu.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disampaikan kepada beliau ketika menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia Richard Marles hari ini.
"Malaysia turut menyambut baik hasrat Kerajaan Australia untuk mengiktiraf negara Palestin pada Sesi Ke-80 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September kelak," katanya menerusi hantaran Facebook.
Anwar berkata kunjungan hormat itu adalah sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak 1957.
Beliau berkata pertemuan itu membuka ruang pertukaran pandangan untuk mempererat kerjasama strategik dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, pertahanan serta keselamatan serantau.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Australia memuji kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, khususnya dalam menangani konflik Myanmar, memediasi gencatan senjata Kemboja-Thailand dan menyokong kemasukan Timor-Leste sebagai anggota baharu blok serantau.
- Malaysia menyambut baik hasrat Australia untuk mengiktiraf negara Palestin pada sesi ke-80 PBB yang dijadual berlangsung September ini.
- Kunjungan hormat Richard Marles memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Australia, serta membuka ruang kerjasama strategik dalam ekonomi, teknologi, pertahanan dan keselamatan serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disampaikan kepada beliau ketika menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia Richard Marles hari ini.
"Malaysia turut menyambut baik hasrat Kerajaan Australia untuk mengiktiraf negara Palestin pada Sesi Ke-80 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September kelak," katanya menerusi hantaran Facebook.
Anwar berkata kunjungan hormat itu adalah sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak 1957.
Beliau berkata pertemuan itu membuka ruang pertukaran pandangan untuk mempererat kerjasama strategik dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, pertahanan serta keselamatan serantau.
-- BERNAMA

#Anwar Ibrahim
#Menteri Pertahanan Australia
#Richard Marles
#Palestin
#hubungan Malaysia-Australia
#terkini