MALAYSIA
Australia ucap tahniah kepada Malaysia atas agenda Pengerusi ASEAN

Danielle Heinecke memuji kepimpinan Malaysia, khususnya dalam menerajui pelancaran Wawasan Komuniti ASEAN 2045. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Australia mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas agenda yang bercita-cita tinggi sepanjang memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun ini, sambil memuji penekanan yang diberikan terhadap aspek keterangkuman dan kemampanan.
Ringkasan AI
- Australia mengucapkan tahniah atas kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, khususnya dalam pelancaran Wawasan Komuniti ASEAN 2045 yang menekankan keterangkuman dan kemampanan.
- Kerjasama erat Malaysia-Australia diteruskan dalam pelbagai inisiatif seperti ekonomi hijau, pekerjaan masa depan dan Agenda Wanita, Keamanan dan Keselamatan ASEAN.
- Tahun ini menandakan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-Australia, dengan komitmen berterusan terhadap keamanan dan kemakmuran rantau Indo-Pasifik.
Heinecke turut memuji kejayaan Malaysia menganjurkan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN baru-baru ini yang turut dihadiri Menteri Luar Australia Penny Wong.
"Tahun ini, kami telah bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam pelbagai inisiatif termasuk ekonomi hijau, ekonomi penjagaan, pekerjaan masa depan, serta Agenda Wanita, Keamanan dan Keselamatan ASEAN," katanya.
Pesuruhjaya Tinggi itu turut menyatakan bahawa Australia berbesar hati dapat bekerjasama dengan Malaysia dan Timor-Leste dalam menyokong proses kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN.
Beliau turut menekankan bahawa tahun ini menandakan 70 tahun kehadiran diplomatik Australia di Malaysia, dan negara itu berbangga menjadi antara rakan kerjasama paling lama wujud di rantau ini.
"Kami akan terus menjadi rakan yang boleh dipercayai bagi ASEAN sepanjang Malaysia mempengerusikan ASEAN dan pada tahun-tahun mendatang," katanya.
Tahun ini, Malaysia dan Australia meraikan 70 tahun hubungan diplomatik, satu kerjasama kukuh yang berteraskan nilai bersama, kerjasama serantau dan hubungan erat antara rakyat kedua-dua negara.
Ulang tahun ini menyerlahkan komitmen berterusan kedua-dua negara terhadap keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami