MALAYSIA
Autonomi pendidikan, pembinaan pusat kanser Sarawak antara agenda Mesyuarat Teknikal MA63
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengibarkan Jalur Gemilang ketika hadir sempena Program Bicara Eksekutif MADANI, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Isu berkaitan autonomi pendidikan akan menjadi antara agenda utama yang dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ringkasan AI
Beliau berkata antara aspek pendidikan yang dituntut Sarawak ialah kebenaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
"Cabaran utama adalah dasar nasional yang menetapkan keseragaman dari segi kurikulum dan bahasa.
"Namun, satu daripada pendekatan yang boleh dipertimbangkan ialah mengekalkan dasar sedia ada dengan tambahan seperti program Dual Language Programme (DLP) yang kini dilaksanakan di Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bicara Eksekutif MADANI di sini, hari ini.
Fadillah berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan mengenai pembinaan pusat kanser di Sarawak bagi memastikan akses rawatan kesihatan yang lebih baik untuk rakyat negeri tersebut.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian sebelum ini dilaporkan berkata pusat kanser yang bakal dibina di negeri itu dicadang mempunyai sekurang-kurangnya 310 katil bagi memenuhi keperluan rawatan pesakit dalam jangka panjang.
Beliau berkata jumlah itu lebih tinggi berbanding cadangan awal sebanyak 200 katil yang dibincangkan dalam mesyuarat pada April lepas, dengan penambahan dibuat selepas mendapat saranan pakar perubatan serta pegawai kesihatan yang terlibat dalam perancangan projek berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Autonomi pendidikan Sarawak akan dibincangkan dalam mesyuarat MA63, termasuk permintaan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam bidang STEM.
- Cabaran utama ialah dasar nasional yang menetapkan keseragaman kurikulum dan bahasa, namun program seperti Dual Language Programme (DLP) dijadikan alternatif.
- Pembinaan pusat kanser di Sarawak dicadang mempunyai 310 katil, meningkat daripada 200 katil, bagi memenuhi keperluan rawatan jangka panjang rakyat negeri itu.