awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awal Ashari mengaku tidak bersalah lakukan khianat terhadap syarikat perumahan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
17/05/2022
04:37 MYT
Awal Ashari mengaku tidak bersalah lakukan khianat terhadap syarikat perumahan
Awal Ashari (tengah, baju biru) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar sebuah syarikat perumahan di Damansara bulan lalu. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar sebuah syarikat perumahan di Damansara bulan lalu.
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Berdasarkan pertuduhan, selebriti itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut terhadap syarikat Challis Damansara.
Tindakan itu juga telah membawa kerugian sebanyak RM600 yang dilakukan pada jam 11.30 pagi pada 16 April lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, Awal boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun serta denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili pengacara itu, Datuk M. Reza Hassan memohon jaminan dikurangkan kepada RM3,000 berikutan tertuduh mempunyai tanggungan keluarga selain tidak mempunyai pendapatan tetap.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 bersama seorang penjamin.
Tarikh 15 Julai depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Awal Ashari
#Mahkamah Majistret
#tuduhan khianat
#rosakkan palang pagar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan