awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awang Uban sesat masuk kampung dijinakkan PERHILITAN

Bernama
Bernama
18/10/2020
08:51 MYT
Awang Uban sesat masuk kampung dijinakkan PERHILITAN
PERHILITAN melakukan operasi pemindahan gajah liar seberat 2.5 tan itu ke Taman Negara, Pahang. -Gambar/ Bernama
KUALA KRAI:Seekor gajah jantan liar dinamakan 'Awang Uban' yang menjadi kerisauan penduduk Kampung Tok Uban, Lata Rek di sini, berjaya dijinakkan dan dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan hari ini.
Ketua Operasi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan(PKGK) Kuala Gandah Mohamad Khairul Adha Mat Amin berkata gajah liar tersebut sebelum ini telah memasuki perkampungan itu dari hutan simpan Lata Rek berdekatan untuk mencari sumber makanan.
"Kami berjaya menangkap 'Awang Uban' ini semalam selepas menerima aduan daripada penduduk setempat yang terserempak dengan haiwan liar itu selepas memasuki kebun mereka untuk mencari makanan.
"Kami menggunakan kaedah tembakan pelali bagi menangkap gajah itu di kawasan kebun penduduk," katanya kepada pemberita semasa operasi pemindahan gajah liar itu di sini, hari ini.
Mohamad Khairul Adha berkata susulan tangkapan itu, pihaknya melakukan operasi pemindahan gajah liar seberat 2.5 tan itu ke Taman Negara, Pahang.
"Operasi pemindahan gajah itu melibatkan 25 anggota dari Perhilitan Kelantan dan dibantu oleh petugas Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah.
"Kami turut menggunakan dua ekor gajah denak betina iaitu `Rambai' dan `Abot' semasa proses pemindahan dengan mengambil masa lima jam sebelum memindah gajah liar berusia 30 tahun itu," katanya.
Beliau berkata kemusnahan habitat asal menyebabkan haiwan liar itu memasuki kawasan perkampungan untuk mencari makanan di kebun penduduk.
"Kami percaya masih terdapat sembilan hingga 10 lagi gajah liar dari kelompok sama yang berada di hutan simpan berdekatan berdasarkan maklumat yang diperoleh penduduk kampung," katanya.
Katanya Perhilitan sentiasa melakukan peninjauan dan mengambil tindakan segera terhadap aduan berhubung haiwan liar itu yang memasuki kawasan kampung.
"Penduduk tidak perlu mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan gajah liar kerana tindakan sendiri berkemungkinan akan mendatangkan bahaya sebaliknya perlu membuat laporan kepada pihak kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah liar
#awang uban
#masuk kampung
#Perhilitan
#Kuala Gandah
#lata rek
#kampung tok uban
#Kelantan
#Kuala Krai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan