awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia

RareTV
RareTV
02/06/2024
02:00 MYT
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
Ketika kita mengembara, bukan untuk berseronok semata-mata, malah untuk kita tatapi dengan lebih dekat budaya masyarakat di destinasi itu. - RareTV
TAHUN lepas, Iceland dinobatkan negara paling aman di dunia, mungkin ada yang rasa tidak percaya, tetapi pengalaman kami sendiri mengambara ke Iceland mengesahkan bahawa kenyataan ini benar, bukan auta.
Salah satu buktinya adalah apabila di Iceland sendiri balai polis hanya dibuka pada waktu bekerja (9 pagi - 5 petang) kerana jumlah kes jenayah yang sangat rendah. Malah ketika kami di sana terutama apabila di kawasan luar bandar, kami boleh menginap tanpa perlu risau jika tidak mengunci pintu.
Malah ada penginapan tuan rumah sendiri tidak memberikan kunci sambil mengatakan pada kami: “Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kami juga pernah ke satu penginapan di mana tuan rumahnya tiada. Ketika kami menelefonnya, terus sahaja beliau membenarkan kami masuk ke rumahnya yang tidak berkunci dan berehat di dalam sambil menanti dia pulang. Kami masuk saja ke rumahnya yang tidak berkunci dan melihat komputer riba beliau terbiar sahaja sebegitu di satu sudut tanpa bimbang ia akan hilang.
Akal kami hampir tidak boleh menerima... begitu mudah dan tinggi kepercayaan mereka kepada kami. Namun memang terbukti sepanjang pengembaraan berkali-kali RareTV dan Rarecation ke Iceland, tidak pernah terjadi kes kecurian dan pecah masuk.
Malah beberapa kali dalam kembara kami, ada beg yang tertinggal dapat dijumpai semula. Dalam satu kes itu, bagpack kami dijumpai oleh orang tempatan, dan individu itu siap menghubungi kami melalui media sosial, malah dia menyimpan beg itu sehingga kami kembali semula ke tempat tersebut. Luar biasa bukan?
Sifat amanah dan kejujuran yang terlihat di negara hujung dunia ini sangat ajaib dan hampir kepada satu utopia, yang kita di Malaysia rasakan ia adalah mustahil. Tetapi inilah akhlak Islam yang hidup dalam masyarakat mereka yang wajar kita ikuti dan amalkan dalam kehidupan kita.
Beginilah cara dan gaya kembara RareTV. Kembara kami bukan sekadar untuk berseronok semata-mata malah dijadikan peluang untuk melihat dengan lebih dekat budaya mereka, mengambil perkara yang baik untuk kita pulang, seterusnya menjadi pengembara yang lebih bijak dan berakhlak.
Jika faktor keselamatan, kejujuran dan ketenangan minda menjadi inti pati sambutan di destinasi ini, tentu sekali tenaga percutian ini dapat ditumpukan sepenuhnya pada momen menikmati keindahan alam semulajadi yang terhidang di segenap sudut pandangan mata!
Cukup sampai sini perkongsian kali ini, kita bertemu lagi dalam artikel seterusnya!
* Artikel oleh Syibli Fakih, RareTV.
Topic Berkaitan
#Iceland
#negara aman
#kembara
#raretv
#travel
#destinasi
#percutian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan